Lebih RM8 juta untuk direbut dalam kejohanan siri dunia Free Fire 2022!

Permainan mudah alih Garena Free Fire akan memulakan siri dunia Free Fire (FFWS) 2022 Sentosa pada hujung minggu ini dengan pusingan kelayakan Play-Ins.

Play-Ins pada hujung minggu yang akan datang ini akan menyaksikan 10 pasukan merentas 10 wilayah dan mengambil bahagian dalam sejumlah enam perlawanan, merentas tiga peta dengan satu-satunya empat pasukan teratas mara ke peringkat akhir.

Antaranya ialah wakil tempatan Todak yang mendapat tempat kedua dalam kejohanan Majors MCP serantau (Malaysia, Kemboja, dan Filipina) Musim 3.

Wang tunai sebanyak RM8.72 juta akan menjadi sasaran utama kepada setiap pasukan yang bertanding.

Peminat dan pemain di seluruh dunia boleh mengambil bahagian di dalam acara Pick’n Win di mana mereka boleh meramalkan keputusan siri dunia tahun ini.

Acara Pick’n Win akan bermula selepas Play-Ins. Pemain yang membuat ramalan yang betul akan diberi ganjaran dengan hadiah dalam permainan.

FFWS 2022 Sentosa juga akan menampilkan acara yang digelar kem latihan di mana pemain akan dapat mengambil bahagian dalam aktiviti dan permainan mini yang sedang berlangsung, serta menonton aksi langsung FFWS 2022 Sentosa.

Selain itu, video muzik rasmi untuk FFWS 2022 Sentosa bertajuk Heroes Arise akan menampilkan recap animasi siri dunia tahun lepas, sudah tersedia untuk peminat dan pemain di seluruh dunia bersempena FFWS 2022. Video muzik boleh ditonton melalui saluran YouTube Garena Free Fire.

RELATED NEWS

+