Ubisoft Tak Menjanjikan Sekuel Untuk Rainbow Six Siege, Akan Beri Sokongan Untuk Tempoh 10 Tahun Lagi
2018-02-20T06:57:14
By: Hazril Md Nor

Ubisoft Tak Menjanjikan Sekuel Untuk Rainbow Six Siege, Akan Beri Sokongan Untuk Tempoh 10 Tahun Lagi

 

Peminat Rainbow Six Siege, walaupun game ni masih bertahan lama, ia tak bermakna korang akan dapat sekuel tak lama lagi.

Pengarah Jenama, Alexandre Remy memberitahu Eurogamer bahawa mereka tidak ada perancangan untuk sekuel sebaliknya Ubisoft akan terus memberi sokongan kepada game ini untuk 10 tahun akan datang.

Ubisoft juga merancang untuk mengeluarkan 100 lagi Operators untuk permainan video itu sepanjang tempoh 10 tahun dan sekarang ada 36 dalam permainan. 8 lagi akan hadir ketika Year 3 nanti.

Kemaskini seterusnya ialah Operation Chimera yang juga merupakan mod Alien Outbreak di mana pemain akan berdepan dengan sekumpulan Alien, berlainan daripada permainan asal.

Sumber: Gamespot

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha bukan lagi nombor satu
2 days ago
Hero Mobile Legends sekarang boleh cakap Bahasa Indonesia?
2 days ago
Ini antara deck terbaik patch 2.5.0 di Legends of Runeterra
2 days ago
PMPL: Yoodo Gank tak ke Super Weekend terakhir, tapi masih ranking pertama keseluruhan
2 days ago
MPL Malaysia: Selena oleh Moon bantu Todak menang 2-1 ke atas Team SMG
4 days ago
BMW kolaborasi bersama OG, turut umum manga