Industri e-sukan dan gaming makin berkembang. Bagi gamers sendiri, mesti korang terfikir masa depan industri ini yang sekarang disokong oleh kerajaan. Menteria Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menyokong penuh hala tuju industri ini.
Baru-baru ini, beliau ke Singapura untuk lawatan kerja. Selama dua hari kunjungan beliau ke sana, jom perhatikan inisiatif dan perancangan YB Syed Saddiq untuk anak muda terutamanya gamers di Malaysia!
1. Pertemuan dengan ESL Asia
YB berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan ESL Asia, antara pemain utama dalam industri e-sukan. ESL Asia pernah menganjurkan kejohanan di Malaysia antaranya kejohanan PlayStation League Asia 2018 dan Call of Duty World War II 2018 Asia Championship dengan kerjasama Sony Playstation Asia.
Syed Saddiq berkata dalam twitnya yang e-sukan di Malaysia masih belum kukuh sistem sokongannya. Beliau juga menyatakan bandar seperti Cyberjaya berpotensi untuk menjadi hab e-sukan.
2. Beri sokongan di Hyperplay
2. Saya juga meluangkan masa di Hyperplay Singapore. Team Kuala Lumpur Hunters (LoL) @KLHunters menang Semi Final!!
Mereka mahu banyak lagi event esports dianjurkan. Malaysia boleh contohi negara model China & Korea untuk pembangunan esports.
Doakan mereka juara ! ?????? pic.twitter.com/ENWOCzG9YZ
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 4, 2018
Beliau juga memberi sokongan kepada pasukan negara, Kuala Lumpur Hunters (League of Legends) dengan menghadiri acara Hyperplay Singapura. Hyperplay adalah kejohanan ASEAN pertama yang menerima wakil dari setiap negara yang menjadi ahli.
Syed Saddiq berkata yang KLH perlukan lebih banyak kejohanan e-sukan dianjurkan. Beliau juga menegaskan yang Malaysia boleh contohi negara model China dan Korea untuk pembangunan e-sukan.
3. Kunjungan rasmi ke Hab Sukan Singapura
3. KBS membuat kunjungan rasmi ke Singapore Sports Hub. Fasiliti tier 1 ini dibuka untuk orang awam sepanjang masa. Model Vision2030 Singapura amat berkesan untuk mewujudkan sports nation untuk komuniti awam.
Strategi Sports Singapore boleh dikaji untuk perbincangan lanjut KBS. pic.twitter.com/OPA8Y3aVls
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 4, 2018
YB berkunjung ke fasiliti tier 1 ini dan berminat dengan Strategi Sports Singapore yang boleh dijanji untuk perbincangan lanjut KBS. Syed Saddiq juga berkata Model Vision 2030 Singapura berkesan untuk mewujudkan sports nation bagi komuniti awam.
4. Bertemu Razer Singapura dan CEO Min-Liang Tan
Dalam pertemuan itu, YB berkata RAZER berminat dengan potensi untuk membina Digital Entertainment City di Malaysia dengan kerjasama MDEC. Inisiatif ini adalah yang pertama di Asia Tenggara dengan pelaburan dijangka melebihi RM4 billion.
Dalam twit itu, YB berkata pelaburan RAZER untuk Digital Entertainment City Malaysia akan memberi pekerjaan kepada rakyat. Industri berkaitan ancillary akan bertambah. Dalam konteks gaming ini membabitkan syarikat teknologi, syarikat perkakasan komputer dan macam-macam lagi.
5. Perkasakan pertubuhan belia
Beliau juga mengadakan pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri Singapura dan Ketua Pemuda PAP, Dr. Janil. Hasratnya adalah untuk memperkasakan pertubuhan belia dari cengkaman politik dan bersetuju yang suara belia perlu kuat dan public engagement bersama mereka amat penting.
6. Mesyuarat bersama National Youth Council
8. Mesyuarat bersama National Youth Council. Kami mencari model terbaik untuk pembangunan belia. Youth Strategy Map mereka amat bagus.
Youth digital engagement & talent development pathway juga antara hot topics kami. pic.twitter.com/mcYuLh44zo
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 5, 2018
KBS mencari model terbaik untuk pembangunan belia dan YB berminat dengan Youth Strategy Map. Beliau juga berbincang tentang Youth digital engagement dan pembangunan bakat.
7. Dialog bersama anak Malaysia di Singapura
9. Dialog bersama anak Malaysia di Singapura. Mereka boleh berehat di hujung minggu tapi mereka hadir memberi idea & pendapat untuk Malaysia yang lebih baik.
Malaysia Boleh ! ?????? pic.twitter.com/TxWbYnBdwo
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 5, 2018
YB turut bersama anak muda di Singapura untuk berdialog tentang masa depan Malaysia. Hasrat beliau adalah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya bagi anak muda di Malaysia.
Beliau juga akan memperkasakan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), pembangunan soft-skills dan penerapan keyakinan diri.
8. Pertemuan bersama H.E Grace FU, Menteria Belia, Komuniti & Budaya Singapura (MCCY)
10. Pertemuan bersama rakan sejawatan Singapura, H.E. Grace Fu, Menteri Belia, Komuniti & Budaya Singapura (MCCY)
KBS akan memulakan langkah terbaik untuk memastikan kerjasama rapat dengan MCCY. Banyak yang kami perlu belajar dan berkongsi. pic.twitter.com/kjJwCwKU0O
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 5, 2018
Dalam twit beliau, KBS akan memulakan langkah terbaik untuk memastikan kerjasama rapat dengan MCCY. Banyak yang perlu dipelajari dan dikongsi.
Saksikan juga video di bawah. Team MGO membuat temubual eksklusif bersama beliau sepanjang kunjungannya ke Singapura!
Sumber: Twitter