Hajiyaad cari nafas baru, kini jadi Pengurus SEM9 Free Fire

Selang sehari selepas SEM9 membuat kejutan dengan barisan pemain baharu bagi menghadapi musim baru dalam kancah e-sukan Free Fire, kini mereka merekrut individu berpengaruh dalam komuniti Free Fire, Hajiyaad.

Melalui satu kenyataan rasmi di laman rasmi Facebook milik organisasi e-sukan SEM9, Hajiyaad atau nama sebenarnya, Hazrin Hakimi sah diumumkan pengurus pasukan itu bagi menghadapi musim ini.

“Saya rasa bersyukur di atas perlantikan ini, amat berterima kasih kepada SEM9 kerana memberikan kepercayaan terhadap saya untuk tugas ini,” ujarnya ketika dihubungi MyGameOn.

Walaupun menganggap hal itu satu cabaran baru buatnya, namun katanya rasa gementar itu masih ada.

“Harapan saya adalah ingin melihat pasukan saya menunjukkan aksi terbaik sepanjang MCPS nanti dan harapan dapat melebarkan sayap ke pentas dunia FFWS November ini,” ulas Hajiyaad tentang harapan untuk pasukannya.

Hajiyaad bukan nama yang asing dalam Free Fire selepas beberapa kali hadir dalam kejohanan rasmi sebagai pengulas. Gaya ulasan yang bertenaga menjadi trademark baginya dalam setiap kejohanan dan beberapa kali dipuji oleh peminat e-sukan tempatan.

Antara kejohanan yang diulas oleh Hajiyaad adalah:

– Free Fire Tri-Nation Cup 2020
– Free Fire Continental Series: Asia 2020
– MCP Major S1
– Free Fire World Series 2021 Singapore
– Free Fire Malaysia Championship 2021
– MCP Major S2
– Asia Championship 2021
– Free Fire Challenger Series Malaysia S1
– MCP Major S3
– ESL Snapdragon Mobile Open S1

RELATED NEWS

+