Qualcomm dan ESL Gaming bekerjasama, adakan kejohanan global e-sukan mudah alih RM8.3 juta prizepool

ESL Gaming bekerjasama dengan syarikat Qualcomm Technologies, Inc. untuk merevolusikan masa depan e-sukan mudah alih, membawa keterujaan dalam persaingan e-sukan bagi peminat permainan mudah alih di seluruh dunia.

Kerjasama beberapa tahun ini adalah gabungan visi dan komitmen mereka untuk memberikan akses kepada pengalaman e-sukan mudah alih lebih baik kepada pesaing veteran dan baru.

Siri Snapdragon® Pro diperkenalkan ini akan menjadi ekosistem e-sukan mudah alih global yang lebih komprehensif dengan kejohanan di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, China, Afrika Utara dan Asia Pasifik termasuk Malaysia dan Indonesia. 

Sebagai permulaan, mereka akan lancarkan kejohanan global dengan e-sukan mudah alih berlainan yang kemudiannya akan dilanjutkan ke acara final Masters. Acara ini akan terbahagi kepada tiga tahap iaitu Open, Challenge dan Masters. 

Siri Snapdragon Pro ini akan mendefinisikan kembali landskap e-sukan mudah alih dengam memberikan pemain di rantau berlainan tak kira tahap, menjadi juara dan merebut hadiah terkumpul AS$2 juta (RM8.3 juta).

“Peningkatan e-sukan mudah alih sudah dicapai dengan baik dan kami berbangga dengan peranan ESL untuk itu,” kata CEO bersama ESL Gaming, Craig Levine.

Kejohanan ini selari dengan misi Snapdragon yang hadir dengan peranti dikuasakan mereka bersama teknologi Snapdragon Elite Gaming yang menciptakan pengalaman menarik kepada pengguna. Ia memberikan pengoptimuman yang baik kepada peranti, grafik ultra-realistik, sambungan sepantas kilat dan prestasi yang tiada tolok bandingnya.

RELATED NEWS

+