Warga Shah Alam, pernah tak korang pergi satu kejohanan eSports tapi di tempat terbuka dan ada pelbagai aktiviti lain? Haa ini lah dia Gegaria Fest! Di samping aktiviti dan booth-booth yang menarik, edisi pertama Gegaria Fest di Setia City, Shah Alam pada 13 Januari membawakan kejohanan eSports FIFA Online 3. Yang minat main bola sepak, ni lah game untuk korang!
Dalam 256 pemain, hanya 16 pemain yang layak ke pusingan akhir di Gegaria Fest ini. Tak syak lagi, selepas mempamerkan prestasi mengagumkan sepanjang pertandingan, Muhamad Shahrizan Shahrim (KaiZokuuu), 18 tahun bergelar juara dan membawa pulang wang tunai RM3,000.
KaiZokuuu adalah pemain profesional FIFA Online 3 yang sekarang bermain untuk organisasi Fire Dragoon. Ketika ditemui MyGameOn, KaiZokuuu teruja dengan kemenangannya.
“Ini adalah pertandingan pertama saya di tempat terbuka dengan pelbagai aktiviti serta konsert. Bagi saya, ia membuatkan lebih ramai pengunjung tertarik dengan e-sukan.
“Saya sendiri ingin melangkah lebih jauh dalam bidang ini dan Fire Dragoon membantu saya untuk mencapai ke arah itu,”
Penulis percaya keyakinan anak muda ini hadir daripada latihan dan strategi yang diatur sebelum mula pertandingan. Bagi KaiZokuuu, kemenangan ini adalah pemangkin untuk dirinya menyertai lebih banyak pertandingan FIFA Online 3 di masa depan.
Kejohanan dengan kerjasama Garena ini turut ditaja oleh Logitech dan Acer Predator yang menyediakan gaming peripherals kepada pemain.
Jom layan gambar-gambar pemenang-pemenang ni!: