Free Fire: MDH.Nero juarai kejohanan King Of Solo edisi pertama

Pemain pasukan MDH Esports dari Vietnam, Đỗ Kiên Huy (Nero) muncul sebagai juara sulung bagi kejohanan King Of Solo 2022. 

Kejohanan yang diadakan selama tiga hari itu melibatkan empat rantau Asia Tenggara iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia dan MCPS (Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka).

Pada Grand Final lepas, Nero berjaya memperoleh tiga Booyah daripada lapan pusingan yang dipertandingkan. Sebanyak 179 mata dikumpulnya secara keseluruhan dan 21 mata singkir yang meletakkan angka tersebut adalah penyingkiran tertinggi. 

Jurang 49 mata meninggalkan Kevin77 dari King Of Gamers Club (Thailand) di posisi kedua dengan 16 mata singkir manakala wakil senegaranya Onfire dari pasukan CGGG (Thailand) berpuas hati di kedudukan ketiga. 

Onfire berjaya mencatatkan satu Booyah, 125 mata keseluruhan dan empat penyingkiran diambil olehnya.

King Of Solo adalah kejohanan saban tahun yang diadakan oleh pihak pembangun Garena Free Fire yang memfokuskan mod solo yang dimain.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak AS$10,000 dan penyertaan 40 pemain profesional dari empat rantau Asia Tenggara iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia dan MCPS (Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka).

RELATED NEWS

+