10 aksesori gaming yang anda perlu miliki

Kadang-kadang kita akan terjumpa barang-barang teknologi yang menarik minat dan kebanyakannya adalah mahal untuk dimiliki. Sebenarnya ada aksesori gaming yang tidak begitu mahal dan boleh dimiliki oleh semua orang.

Malah ada yang dirasakan mahal tetapi tidak. Yang paling penting murah.

Jom kita tengok 10 aksesori gaming yang perlu anda miliki:

1.Finger Sleeve

Flydigi Beehive Sweatproof Finger Sleeve

Finger sleeve ini sangat berguna untuk gamer peranti mudah alih. Elakkan jari berpeluh dan berminyak anda dari mengena skrin telefon anda.

Apa yang lebih menarik. Ramai atlet esukan permainan video mudah alih menggunakan finger sleeve untuk bermain dengan lebih selesa.

2. Kipas Penyejuk Telefon

Xiaomi Hadir Dengan Aksesori Kipas Penyejuk Untuk Telefon Pintar – Amanz

Permainan mudah alih tidak kira telefon apa pun akan membuat telefon anda panas jika anda bermain untuk jangka masa lama.

Anda boleh membeli kipas penyejuk telefon ini untuk mengurangkan kepanasan untuk peranti mudah alih anda supaya prestasi anda tidak terganggu.

3. Boom Arm

Samson MBA48 Microphone Boom Arm - Stands - Accessories

Boom Arm atau pemegang mikrofon adalah sesuatu yang dipandang remeh tetapi anda kena ingat dengan adanya boom arm, kedudukan mikrofon anda lebih baik dan mudah untuk digunakan.

Anda juga boleh menambah shock mount untuk menyokong lagi mikrofon anda supaya lebih stabil dan tidak bergegar.

Boom arm tidak mengira murah atau mahal dapat membantu anda.

4. Mikrofon

The 7 Best Gaming Microphones for 2021 (Budget & High-End)

Mikrofon perlu ada. Nampak tidak penting tetapi dengan kualiti suara terbaik ini akan meningkatkan lagi kelebihan suara anda kepada gamer lain.

Walaupun anda bukan streamer, mempunyai mikrofon yang baik untuk penggunaan mesyuarat, gaming dan juga discord baik untuk semua orang.

Dalam pasaran terdapat banyak mikrofon murah yang lebih baik dari apa yang anda ada sekarang. Anda perlu ingat tidak semua mikrofon dari headset mahupun earphone anda adalah elok.

Malah ada yang tidak mempunyai noise cancellation yang baik.

Apa kata anda cuba beli mikrofon yang murah terlebih dahulu sebagai permulaan. Nantikan pujian dari rakan-rakan anda akan suara lunak baru anda.

5. Monitor stand

Dual Monitor Stand - 32 inch VESA LCD - Monitor Mounts

Monitor stand ini sangat berguna untuk orang yang memiliki atau menggunakan lebih dari dua monitor untuk penggunaan harian.

Dengan adanya monitor stand anda boleh menyusun kedudukan monitor anda dengan lebih mudah seperti kedudukan melintang mahupun menegak.

Anda juga dapat menjimatkan ruang meja anda kerana monitor yang duduk di atas standnya sendiri agak menggunakan ruang yang sedikit besar.

6. Charging dock

PS5 DUALSENSE CHARGING STATION - IQON

Charging dock walaupun tampak mudah dan tidak diperlukan, charging dock dapat menyenangkan anda untuk menukar alat kawalan anda dengan lebih mudah tanpa perlu mencari kabel USB tambahan untuk mengecas.

Penggunaan charging dock mungkin bukan untuk semua orang tetapi kemudahan adanya tempat untuk mengecas alat kawalan anda dengan mudah sangat disyorkan.

7. Webcam

4MP HD Webcam w/ Autofocus - 1080p, 30fps - Black

Tidak semua orang perlukan webcam, tetapi jika anda ingin bermula untuk menjadi seorang streamer tidak disangkal lagi, penggunaan webcam sangat membantu.

Ada orang lebih suka melihat personaliti anda dari hanya mendengar.

Webcam juga baik untuk anda semua yang ingin memceburi bidang pembuatan video mahupun di Youtube atau penstriman.

Malah, webcam yang murah tidak berjenama pun masih berkualiti untuk digunakan.

8. Mousepad dan Deskpad

The Best Oversized Mouse Pads And Desk Pads – Review Geek

Tetikus perlukan mousepad atau deskpad yang baik untuk tetikus anda. Tidak kisahlah mousepad itu murah mahupun mahal.

Mempunyai mousepad dapat membantu anda untuk pengawalan tetikus lebih tepat.

9. Arm Rest

Computer Arm Rest Support Prevent Cervical Spondylosis Plate Mouse Pad on  Chair Desk Table Armrest Pad Mousepad Arm Wrist Rest|Mouse Pads| -  AliExpress

Tempat letak tangan untuk membantu posisi tangan anda jangan dipandang remeh.

Kalau boleh anda boleh membeli arm rest tambahan untuk meletak tangan anda bagi mengurangkan risiko kecederaan tangan atau sakit sendi.

10. Alat kawalan

Switch 8BitDo SN30 Pro+ Wireless Gamepad (Official) * Genuine * – HeavyArm  Store

Alat kawalan menjadi alat aksesori yang begitu sinonim untuk para gamer. Apa kata anda memiliki satu alat kawalan untuk kesemua pelantar yang anda ada.

Alat kawalan pihak ketiga walaupun tidak mempunyai sebarang jenama masih memberi anda sedikit kelebihan.

Ada alat kawalan yang murah untuk anda gunakan mahupun di peranti mudah alih, komputer dan konsol.

Setakat ini sahaja aksesori gaming yang patut anda miliki. Kesemua aksesori ini mudah didapati di kedai-kedai pembelian atas talian. Jangan lupa tengok aksesori mana yang anda perlu.

RELATED NEWS

+