1047 Games umumkan Splitgate berpotensi dilancarkan di platform mudah alih

Melalui sesi soal jawab di Twitch baru-baru ini, pembangun  Splitgate 1047 Games menyatakan permainan FPS itu berpotensi untuk dilancarkan di Nintendo Switch dan peranti mudah alih. 

CEO 1047 Games, Ian Proulx menyatakan walaupun mereka masih memulakan pembangunan bagi port Switch, ia adalah sebahagian daripada visi mereka, termasuk menjadikan permainan itu tersedia pada semua platform. 

Meskipun menyatakan pembangun pada Mac bukan keutamaan, tetapi beliau mengimpikan permainan ini boleh dimainkan secara rentas platform.

Splitgate meskipun masih di dalam peringkat beta, ia berjaya menarik perhatian ramai pemain FPS dan menjadi permainan paling kerap dimainkan di Steam. Oleh hal demikian, permainan ala Halo itu sering menhadapi isu masa menunggu berikut penambahan pemain.

Pihak pembangun juga kini sedang membaiki isu itu dengan memaksimumkan masa menunggu sehingga 5 minit berbanding 90 minit sebelum ini.

Splitgate pada awalnya akan dilancarkan pada Ogos 2021, namun ditangguhkan. Ia akan dilancarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S dan PC melalui Steam. 

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+