Splitgate akan kekal sebagai beta, pelbagai kandungan baru akan tiba

Splitgate, permainan menembak berasakan portal daripada 1047 Games akan kekal sebagai beta terbuka untuk beberapa tempoh akan datang, selepas memperoleh populariti dengan 10 juta pengguna kurang daripada 30 hari selepas dilancarkan.

Dalam satu sidang media, 1047 Games mengumumkan Splitgate akan kekal sebagai beta terbuka untuk kerja penambahbaikan penskalaan berikutan penambahan pemain yang ramai. Kerja ini adalah untuk mengurangkan waktu menunggu dan mengurangkan kesesakan server.

1047 Games secara aktif menangani kekangan servernya melalui media sosial dan saluran Discord mereka, sementara menambah kapasiti pemain di dalam permainan. Di dalam tempoh empat minggu, pasukan mereka telah menambah kapasiti server hingga 175,000 pemain serentak dan mengurangkan waktu menunggu pemain. 

1047 Games juga menyatakan terdapat beberapa kandungan baru yang dirancang untuk peminat sepanjang tahun ini sementara perubahan selanjutnya pada kerangka backend permainan akan terus diluncurkan. 

Kemaskini kandungan pertama Splitgate akan disertakan di dalam permainan pada 19 Ogos dan akan membawa mod Ranked Duos dan menambah kapasiti server. Mereka juga akan mengumumkan kemaskini selanjutnya pada beberapa minggu akan datang.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+