17 pasukan terbaik region bakal berentap di Siri Dunia Free Fire (FFWS) Bangkok 2022

Siri Dunia Free Fire 2022 yang dinanti-nantikan bakal kembali pada 25 dan 26 November ini, selepas tamat beberapa bulan persaingan sengit di peringkat major.

Kejohanan itu akan menyaksikan 17 pasukan yang layak daripada 10 liga region di seluruh dunia termasuk wakil dari MCPS AV Radical (Filipina) dan Expand (Malaysia) akan berkunjung ke Bangkok, Thailand, untuk merebut hadiah wang terkumpul RM9,487 999  (AS$2,000,000). 

FFWS 2022 Bangkok mengetengahkan semangat berpasukan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua pasukan untuk “Fight As One”.

Expand (Malaysia) dan AV Radical (Filipina) juga bakal mempamerkan semangat perpaduan ini semasa mereka bertanding di Bangkok sebagai wakil region MCPS dalam Play-in dan Final masing-masing.

Tambahan pula, peminat dan pemain berpeluang memenangi kostum legenda FFWS edisi terhad, yang pertama dalam sejarah Free Fire.

Mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada kejohanan ini juga boleh menyertai acara, misi dan misi bertemakan Siri Dunia ganjaran In-game bermula 18 November.

FFWS 2022 Bangkok akan disiarkan secara langsung di YouTube, Facebook dan TikTok  Bahasa Melayu (Garena Free Fire Malaysia) dan bahasa Inggeris.

Peminat di seluruh dunia boleh menyaksikan aksi pada hujung minggu 25 dan 26 November ini, pasukan juara Free Fire dari liga di seluruh dunia akan menyertai Expand dan AV Radikal dalam kejuaraan ini.

 

Pasukan Play-ins
1. Magic Squad (BR)
2. RRQ Kazu (ID)
3. Naguará (LATAM)
4. Expand (MCPS)
5. Infinity VX (MENA)
6. Hotshot Esports (PK)
7. EVOS Phoenix (TH)
8. LGDS (TW)
9. Team Flash (VN)

 

 Pasukan Finals
1. Vivo Keyd (BR)
2. Vastomundo (EU)
3. SES Alfaink (ID)
4. Ignis Esports (LATAM)
5. AV Radicals (MCPS)
6. ALPHA (MENA)
7. Nigma Galaxy (TH)
8. HQ Esports (VN)

Pasukan yang telah mendapat tiket terus ke Pusingan Akhir yang diadakan pada 26 November jam 10 malam termasuk juara MCPS Majors Musim 4 AV Radicals, serta juara dari liga lain.

Sebaliknya, Expand akan bersaing dengan juara liga dari Pakistan dan Taiwan, Brazil, Amerika Latin, MENA, Thailand, Vietnam, dan Indonesia, dalam Play-in, yang akan berlangsung pada 25 November jam 10 malam (GMT+8).

Sembilan pasukan ini akan bersaing untuk merebut empat slot teratas untuk melayakkan pasukan menyertai lapan pasukan pilihan terbaik, menjadikan 12 finalis untuk Peringkat Final pada 26 November.

Pasukan akan bersaing dalam 8 pusingan sepanjang 4 peta, untuk menjadi pasukan terakhir yang berjaya bertahan. Mata akan dikira berdasarkan kedudukan pusingan dan bilangan penyingkiran.

RELATED NEWS

+