18 pasukan ini layak ke Free Fire Malaysia Championship 2021

Selepas perlawanan sengit di peringkat kelayakan Kejohanan Free Fire Malaysia (FFMC 2021), Garena akhirnya mengumumkan 18 pasukan teratas yang akan mara ke peringkat Liga pula.

FFMC menyaksikan 332,804 pemain yang terdiri daripada level 20 ke atas bertanding dalam pusingan kelayakan in-game bagi merebut slot ke pusingan kelayakan final yang hanya merangkumi 48 pasukan yang kemudiannya hanya tinggal 18 teratas untuk ke liga.

Peringkat liga ini akan berlangsung selama empat minggu dari 26 Jun hingga 18 Julai ini. Nama-nama popular seperti Geek Fam, Blacklist International dan Sem9 turut bertanding bagi melayakkan diri ke Top 12 di Grand Finals.

Pada 31 Julai, 12 pasukan teratas akan bertanding dalam enam pusingan di tiga peta. Pasukan terbaik akan bawa pulang sebahagian besar dari RM200,000 hadiah terkumpul.

18 pasukan yang layak ke peringkat liga FFMC 2021:

Kumpulan A:

  • Team Fastkill
  • Overdose LT
  • Blacklist International
  • Ladies
  • 7Fingers
  • Eternal WatchnLearn

Kumpulan B:

  • Legend
  • Sem9
  • Redshoot PXG Xtreme
  • Endzone_MY
  • Enigmax Allstar
  • Freedom Rumble

Kumpulan C:

  • Sorry Roar
  • 4x Men Xpert
  • STP_Son of Gun
  • Geek Fam
  • AutoKnockOut
  • Secret_Movement

Adakah Geek Fam akan terus bersinar atau akan ada pencabar baru kali ini?

Saksikan siaran langsung di Youtube Free Fire dari 26 Jun hingga 18 Julai ini bermula jam 1 petang. Bagi penonton, anda berpeluang memenangi ganjaran dengan menebus kod di livestream.

RELATED NEWS

+