Dalam persidangan minggu ini, Apple telah mengumumkan empat (4) model iPhone 13 iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max dan model asas. "> Dalam persidangan minggu ini, Apple telah mengumumkan empat (4) model iPhone 13 iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max dan model asas. " /> Dalam persidangan minggu ini, Apple telah mengumumkan empat (4) model iPhone 13 iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max dan model asas. " />

4 sebab kenapa iPhone 13 memang sesuai untuk korang!

Dalam persidangan minggu ini, Apple telah mengumumkan empat (4) model iPhone 13 iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max dan model asas. 

Tak dinafikan, terdapat beberapa ciri baru dan perubahan menarik yang memang sesuai untuk korang bertukar kepada model baharu ini.

1. Cinematic Mode, sesuai untuk korang yang suka rakam video

Antara ciri yang paling dinanti-nantikan, Cinematic Mode adalah salah satu ciri baharu iPhone 13 yang sangat sesuai untuk anda yang berada dalam industri perfileman ataupun sekadar individu yang sangat komited merakam video bagi projek peribadi atau Tik-Tok bersama kawan-kawan.

Mod ini membolehkan iPhone 13 dan iPhone 13 Pro merakam video dengan ciri-ciri sinematik sama seperti dalam filem. Fungsi fokus yang sangat ketara dan tepat, memfokuskan pada subjek supaya video yang dihasilkan tampak lebih profesional. 

2. Skrin 120Hz, akhirnya!

Di paparan Super Retina XD ini, Apple memperkenalkan ProMotion yang boleh menukar frame rate dari 10Hz kepada 120Hz mengikut keperluan. Sebagai contoh, kalau korang scroll laman web, akan jadi lebih lancar. Kalau main game, tiada masalah stutter apabila mencecah tetapan grafik yang tinggi. 

Ciri baharu ini sangat berguna kerana ia boleh menjimatkan bateri di mana iPhone akan menentukan frame rate mengikut aplikasi atau apa jua aktiviti anda di iPhone 13 ini. Jadi bagi pengguna iPhone yang memang tunggu ciri ini, akhirnya korang tak perlu risau lagi dah.

3. Kebanyakan game dimainkan dengan lancar

Disebabkan skrin yang menggunakan 120Hz, ini bermakna kebanyakan game boleh dimainkan lebih dari 60FPS (jika ia mempunyai ciri itu). Pengalaman bermain game pasti lebih lancar dan tidak mempunyai masalah frame rate seperti dulu.

PUBG Mobile, Mobile Legends, Wild Rift, Free Fire dan COD Mobile juga pasti sangat lancar dengan cip baru Apple A15 terbaharu ini.

4. Kamera yang dipertingkatkan

Salah satu sebab utama ramai beli iPhone Pro adalah keupayaan kamera yang serba boleh. Dengan penambahbaikan pada Night Mode dan lensa utama, iPhone 13 Pro kini boleh menangkap gambar dari sudut yang begitu dekat (macro photography). Ia menggunakan lensa ultra lebar dan autofocus untuk mengenalpasti subjek yang mempunyai jarak sedekat 2 cm.

Selain itu, lensa telephoto ditambahbaik walaupun guna apertur lebih rendah. Ia adalah 77mm berbanding dengan iPhone 12 Pro (52mm). Ia membolehkan korang untuk zoom tanpa mengurangkan kualiti gambar. Night Mode juga tersedia untuk lensa ini.

Jadi berapa harga bagi model-model ini? Kalau korang minat versi Pro, ia bermula dengan harga RM5,299 untuk storan 128GB manakala iPhone 13 Pro berharga RM4,899 bagi storan 128GB dengan empat pilihan warna:Sierra Blue, Gold, Silver dan Graphite.

Manakala iPhone 13 dan iPhone 13 Mini masing-masing bermula  dengan harga RM3,899 dan RM3,399 bagi storan 128GB. Pra-tempah akan bermula 1 Oktober ini.

Nak pra-tempah iPhone 13 tapi belum cukup duit savings korang tu? Jangan risau, trade in lah iPhone lama (contoh macam iPhone 12 tu..) dengan InstaCash by CompAsia!

Mudah, cepat, dapat instant cash pula tu!

Caranya mudah je. Korang muat turun aplikasi InstaCash di LINK ini. Selepas korang log masuk, aplikasi ini akan kenal pasti korang punya peranti jenis model apa dan berapa nilai anggaran untuk trade-in nanti. Pastikan aplikasi InstaCash dimuat turun dalam peranti yang korang ingin jual.

Mulakan ujian diagnostik. Contoh macam rajah di atas, penulis punya iPhone berharga kira-kira RM2,570. Harga ditentukan mengikut nilai pasaran dan melalui beberapa faktor seperti kualiti skrin, keberkesanan speaker, butang, kesan calar dan sebagainya. Jadi pastikan korang buat check up satu per satu supaya peranti korang dinilai dengan anggaran harga paling berbaloi.

*Harga ini mungkin berbeza berdasarkan keadaan peranti masing-masing

Selepas mendapat harga yang korang rasa berbaloi, tekan Place Order dan pihak InstaCash akan menghubungi korang untuk set masa dan lokasi untuk pick-up. InstaCash akan menghantar wakil untuk pick-up peranti tersebut dalam masa 24 jam di rumah atau lokasi ditetapkan. Mudah kan? Perlu diingatkan, semakan terakhir akan dibuat di lokasi anda dan harga mungkin akan berubah jika ada kriteria tidak menepati.

Korang ada tak peranti-peranti lama yang tak berfungsi? Jangan risau, mereka juga menerima peranti yang sudah rosak. Terdapat juga banyak model lain (Android) yang korang boleh jual, bukan hanya Apple. InstaCash menerima sebanyak 1500 jenis model peranti, termasuk tablet. 

Selain itu, korang tak perlu risau kerana InstaCash akan memadam data di peranti mengikut industrial standard

Bagi maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook atau laman web rasmi mereka. Selain daripada menjual peranti menerusi InstaCash, anda juga boleh membeli peranti second hand dengan 1 bulan waranti dari CompAsia. Boleh tengok SINI.

Bagi korang yang nak beli peranti Apple dengan pelan Instalment, boleh klik SINI.

Jangan lupa scan QR code ini untuk download aplikasi InstaCash!

Foto: GSM Arena

RELATED NEWS

+