5 cara pelik gamers main permainan video

Permainan video selalunya dimain dengan alat kawalan biasa atau papan kekunci dan tetikus.

Namun, pemain-pemain ini mengambil serius untuk bermain permainan video mereka dengan cara yang lebih menarik.

Jom lihat 5 Cara Pelik Para Gamers Main Permainan Video:

1. Main League of Legends dengan Pisang

RossBoomsocks adalah salah seorang Youtuber League of Legends (LoL) yang dikenali ramai.

Dia pernah bermain Wukong, salah satu Champion LoL dengan pisang.

Kenapa pisang? Sebab Wukong adalah monyet.

Pisang yang digunakan menjadi alat kawalan menggunakan satu peranti yang memberi isyarat.

2. Doom dengan Piano

Terjadi ketika Eurogamer Expo 2013 di mana satu piano dibuat khas untuk bermain Doom.

Terdapat satu skrin kecil di atas piano itu dan setiap butang piano mempunyai pergerakan yang lain.

Jika anda pandai anda akan tampak seolah-olah bermain Doom sampai membuat lagu.

3. Death Stranding atas Alat Joging

Allen Pan adalah seorang Youtuber yang terkenal dengan membuat banyak peranti pelik-pelik.

Dia menggunakan alat joging atau treadmill ini sebagai platform untuk bermain Death Stranding.

Disebabkan Death Stranding banyak berjalan jadi kenapa tidak anda berjalan secara betul di atas alat joging?

4. Skyrim dengan Alexa

Edisi istimewa Skyrim ini boleh dimainkan jika anda mempunyai peranti Alexa.

Anda akan bermain Skyrim dengan hanya menggunakan suara anda untuk memberi arahan.

Pada mulanya ramai orang menyangka Bethesda hanya membuat gurauan namun berita ini adalah benar.

5.Dark Souls dengan pelbagai alat kawalan pelik

Benjamin Gwin kini memegang Guinness World Record dengan menghabiskan Dark Souls menggunakan sembilan jenis alat kawalan berbeza.

Dari gitar rockband, alat drum, bongo dan lain-lain.

Benjamin berjaya menamatkan Dark Souls dengan alat kawalan yang tidak masuk akal.

Apa lagi cara bermain permainan video pelik yang anda tahu?

RELATED NEWS

+