5 hero MLBB bakal dirombak?

Baru-baru ini, MLBB melancarkan patch baharu di Advance Server iaitu patch 1.7.72.

Di dalam patch ini terdapat banyak perubahan dilakukan terhadap hero-hero di MLBB.

Namun, terdapat 5 hero yang akan dirombak tetapi mereka perlu melalui fasa eksperimen.

5 hero itu adalah Natalia, Minotaur, Harley, Silvanna dan Harley.

Natalia

Di patch baharu ini, Natalia akan kehilangan passive yang membolehkan Natalia untuk menjadi halimunan dan ia akan digantikan dengan Camouflage.

Camouflage berfungsi sama seperti skill Roamer iaitu Conceal di mana Natalia kini boleh dilihat oleh semua orang.

Tanda seru diatas kepala Natalia dan pihak lawan kini dibuang.

Bukan itu sahaja, Natalia kini memerlukan satu saat di dalam semak untuk mendapat Camouflage.

Minotaur

Minotaur tidak perlu untuk mengisi bar kemarahannya pada patch ini kerana ia dibuang.

Kini pemain hanya perlu menunggu Cooldown Minotaur tamat untuk mengaktifkan Ultimate.

Bukan itu sahaja, Passivenya kini memberikan Hybrid Defense kepada ahli pasukannya atas heal yang diberikan dan mengurangkan Hybrid Defense pihak lawan jika terkena efek Control.

Harley

Harley banyak mendapat perubahan di mana serangan biasa Harley kini berfungsi sama seperti Skill 1 di mana setiap kali kad mengenai pihak lawan, dia akan mendapat Attack Speed tambahan.

Apabila Harley menggunakan Skill 2 , dia lebih laju namun Cooldown bertambah sebanyak 1.5 saat.

Ultimate Harley kini boleh dibuang dengan menggunakan Purify, tetapi Ultimate Harley kini tidak boleh ditahan oleh mana-mana hero.

Xborg

Xborg kini boleh mendapat dua Firaga Supplies yang jatuh selepas dia menggunakan Ultimate terhadap pihak lawan.

Ia akan berlaku kepada setiap pihak lawan bermakna Xborg boleh mendapat 10 Firaga Supplies jika Ultimate boleh terkena kepada semua pihak lawan.

Silvanna

Silvanna kini mempunyai Control Immunity ketika menggunakan Skill 2.

Dia boleh Ultimate sambil menggunakan Flicker untuk menangkap pihak lawan secara mengejut.

Hero-hero seperti Bane, Terizla, Carmilla, Balmond, Phoveus, Gatotkaca dan Guinevere turut mendapat buf.

Adakah perubahan yang dilakukan ini boleh membolehkan hero-hero ini kembali ke meta?

RELATED NEWS

+