Kairi, Coach Yeb dan Dlar bakal kembali ke ONIC PH?

Khabar angin meniup kencang selepas bintang ONIC Esports iaitu Kairi dan staf kejurulatihan mereka iaitu Coach Yeb dikatakan akan kembali ke ONIC Philippines (PH).

Ini selepas kedua-dua ahli ONIC Esports itu memberi mesej kriptik di laman sosial mereka.

Ia ditambah pula dengan pemain ONIC Esports seperti CW, Kiboy dan Butssss serta Acil meninggalkan mesej selamat tinggal kepada Coach Yeb.

Bukan itu sahaja, Coach Yeb turut memuat naik satu video di mana Coach Yeb dilihat memandang jersi ONIC Esports sebelum meninggalkan bilik itu.

Kairi dan Dlar turut memuat naik satu video memberi bayangan mereka akan pulang ke ONIC PH di mana video itu melihat gambar mereka semasa di ONIC PH.

@coachyeb Onic 🦔 #fyp #coachyeb #onicid #itsonictime ♬ original sound – coachyeb

 

Mereka merupakan antara pemain daripada skuad ONIC PH yang layak ke Grand Final M3.

Dalam masa yang sama, ONIC PH turut mengeluarkan satu teaser tentang pemain baharu yang bakal sertai pasukan itu.

Selepas memenangi MSC 2023, Kairi serta Coach Yeb memberi bayanagan akan meninggal ONIC Esports selepas menurutnya kontrak mereka sudah tamat.

Bukan itu sahaja, Albertt dikatakan bakal sertai ONIC Esports selepas dia dilihat membeli belah dengan pemain ONIC Esports.

Tambahan pula, bintang Blacklist International iaitu Edward dikatakan akan meninggalkan pasukan itu dan ramai membuat spekulasi bahawa dia akan sertai ONIC PH.

Namun buat masa kini, masih tiada berita rasmi mengenai perpindahan ini.

RELATED NEWS

+