MLBB versi China akan mempunyai dunia terbuka

Baru-baru ini, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) versi China memulakan ujian beta terbuka untuk pemain menguji permainan itu.

VY Gaming yang merupakan salah seorang individu ternama di dalam komuniti MLBB mengenai perkara di Advance Server ataupun sesuatu yang tidak diketahui pemain MLBB.

Salah satu ciri baharu dalam permainan ini yang mengejutkan pemain-pemain MLBB di dunia adalah lobi dunia terbuka.

Di dalam dunia terbuka itu, kini anda boleh berinteraksi dengan lebih ramai orang di lobi itu.

Salah satu ciri yang paling menarik perhatian ramai adalah perlawanan di antara 1 v 1.

Ia akan menggunakan format Best of Three di mana jika pemain berjaya membunuh pihak lawan sebanyak dua kali, dia akan menang.

Namun, terdapat alternatif lain untuk menamatkan perlawanan itu di mana pemain boleh menghancurkan turret pihak lawan.

Kini pemain boleh menyelesaikan perbalahan di antara sama sendiri melalui perlawanan ini.

Bukan itu sahaja, pemain lain yang berada di dalam lobi itu juga boleh menonton perlawanan.

MLBB versi China juga mempunyai banyak lobi supaya ia boleh menampung trafik pemain yang banyak.

Pemain boleh menukar menjadi hero yang mereka sudah miliki sebagai karakter di lobi itu.

Tambahan pula, pemain boleh melakukan matchmaking di dalam lobi itu dan boleh menjemput orang luar yang mahu menyertai pemain itu.

Namun, masih tiada berita jika ia akan disertakan dalam MLBB secara global.

Sumber: VY Gaming

RELATED NEWS

+