5 hukuman tiada belas kasihan dikenakan kepada penipu dalam permainan video

Permainan video dengan penipu tidak akan hilang. Ada yang sanggup menggunakan hack dan ada yang bermain permainan video secara haram tanpa membelinya secara sah.

Senarai kali ini akan menceritakan bagaimana hukuman yang diberi untuk pemain permainan video yang menipu dan ditangkap menipu oleh pembangun permainan video.

1. Diserang Lembu Iblis Gergasi tanpa henti (Witcher III: Wild Hunt)

Masalah ini hadir apabila Witcher III mempunyai satu eksploitasi dalam game iaitu apabila anda membunuh lembu-lembu di dalam Witcher III anda akan mendapat gold.

Pemain yang menipu akan sentiasa berulang-ulang kali membunuh lembu-lembu untuk mendapat gold mudah. Bagi melawan penipuan exploitasi ini, CD PROJEKT membuat satu kemaskini baru.

Setiap kali pemain menggunakan exploitasi ini, seekor Lembu Iblis Gergasi akan menyerang pemain di dalam Witcher III tanpa henti sehingga pemain itu mati. Ingat ya membunuh lembu untuk eksploitasi adalah tidak elok!

2. Banned untuk 7,000 tahun (Monster Hunter Tri)

Monster Hunter Tri tidak asing lagi untuk peminat-peminat Monster Hunter. Jika Capcom dapat mengetahui anda menggunakan Monster Hunter Tri yang telah di-mod, anda akan mendapat ban selama 7,000 tahun iaitu sehingga tahun 12/12/9999.

Tapi apakan daya server untuk Monster Hunter Tri telah ditutup dan penipu-penipu untuk Monster Hunter Tri sudah terlepas hukuman 7,000 tahun ini.

3. Dipanggil Dirty Hacker (Undertale)

Undertale mempunyai beberapa pengakhiran yang berbeza. Namun untuk mendapat salah satu dari ending itu memerlukan anda menukarkan beberapa failUndertale.

Apabila anda membuat hack itu, Sans, salah satu karakter di dalam Undertale akan datang untuk menasihati anda bahawa anda perlu memberitahu bahawa ada masalah dengan Undertale anda kemudian seterusnya memberitahu anda adalah “Dirty Hacker” dan beberapa kata-kata lain yang membuatkan anda rasa bersalah kerana mencuba untuk menipu.

4. Penghinaan awam dan karakter anda dipadamkan (Guild Wars)

Pembangun permainan video tidak akan takut untuk menghukum pemain permainan video.

Di dalam Guild Wars, jika anda ditangkap menipu dan sedang bermain Guild Wars, akan muncul satu malaikat maut yang akan terus membunuh anda dan selepas itu Guild Wars akan terus padam karakter anda dari permainan.

Penghinaan awam sebegini akan membuatkan anda berasa malu kerana ia adalah spontan tanpa amaran terlebih dulu. Jadi pemain lain memang tahu anda sebenarnya menipu.

5. Hukuman penjara (PUBG)

Pada zaman awal PUBG, penggodam sangat berleluasa sehingga pembangun PUBG terpaksa menggunakan khidmat penguatkuasa undang-undang untuk menangkap mereka yang menipu dengan menggunakan hack mahupun menjual hack.

Entah kenapa pada masa itu, di China penipuan dan penggodam PUBG sangat berleluasa. Mungkin kerana ada antara hacker menjual program hack PUBG kepada orang lain.

Dengan bantuan Tencent Holdings dan pihak penguatkuasa tempatan, sebanyak 141 penggodam telah berjaya dijumpai tetapi 15 penggodam terbesar ditangkap, didenda sebanyak AS$5.1 juta serta dikenakan hukuman penjara.

Oleh itu kita sebagai pemain permainan video hendaklah sentiasa bertanggungjawab dan bersedia untuk dikenakan hukuman jika anda ditangkap menipu. Apa lagi permainan video lain yang pembangunnya akan menghukum pemain permainan video tanpa belas kasihan?

RELATED NEWS

+