The Witcher 2 menerima trailer baharu yang gempak

Nampaknya The Witcher musim kedua kini menerima treler baharu yang mana ia menyambung terus sedutan dari babak akhir musim pertama.

Witcher Geralt bersama Child of Surprise melawan raksasa dan mengembara di jalanan. Beberapa watak utama dari musim terdahulu juga kembali seperti Ciri dan Dandelion serta Yenifer.

Siri ini mendapat tempat di hati ramai peminat bukan hanya pemain permainan video The Witcher sahaja. Ia memperkenalkan pelakon hebat seperti Henry Cavill yang pernah menjadi Clark Kent dalam Justice League selain turut dibintangi Anya Chalotra dan Joey Batey.

Anda boleh harapkan lebih banyak aksi, gelak ketawa dan kembara yang penuh emosi apabila siri ini hadir di Netflix pada 17 Disember ini.

RELATED NEWS

+