5 pemain e-sukan yang trash talk tapi makan diri sendiri, ‘karma is real!’

Trash Talk sudah menjadi norma untuk e-sukan tidak kira permainan e-sukan apa pun. Ia berlainan dengan banter yang hanya untuk merancakkan lagi suasana.

Namun jika anda trash talk semasa luar permainan anda sepatutnya mampu untuk mempertahankan diri selepas kata-kata.

Tetapi bukan untuk pemain-pemain e-sukan ini. Mereka trash talk tetapi makan diri sendiri.

Jom baca 5 Trash Talk Pemain E-sukan tapi memakan diri sendiri.

1. Zven kepada Doublelift – League of Legends

Doublelift dan Zven memang terkenal dengan trash talk.

Namun, Zven membuat satu kenyataan bahawa beliau akan mengalahkan Doublelift dari Liquid.

Apabila TSM sedang mendahului, Zven membuat satu throw yang malah membuat dia kalah di dalam pertandingan LCS Spring Finals 2019.

2. Jensen clap Faker – League of Legends

Jensen dari Cloud9 sebelum berlawan dengan Faker memuat naik satu ciapan mengatakan “cant wait to clap faker” iaitu “tidak sabar untuk kalahkan Faker,”

Faker adalah pemain profesional Korea Selatan yang tidak asing lagi dalam dunia League of Legends.

Namun ketika perlawanan peringkat kumpulan 2016 Worlds, Faker bukan sahaja mengalahkan Jensen malah menghancurkan midlane dan membelasah Jensen tanpa belas kasihan.

3. EG K-Brad vs Wolfkrone  – Street Fighter V

EG K-Brad dan Wolfkrone boleh dikatakan pesaing yang terkenal dalam dunia e-sukan genre permainan video berlawan.

K-Brad dan Wolfkrone sudah lama bergaduh diantara mereka dan mereka berdua selalu trash talk sesama sendiri.

Namun, Wolfkrone melakukan trash talk yang lebih banyak dan penuh cubaan untuk sakitkan hati K-Brad.

K-brad cuba untuk menghormati Wolfkrone namun Wolfkrone mengendahkannya.

Akhirnya apabila K-Brad memenangi Final Pro Tour Street Fighter V dan mengalahkan Wolfkrone, beliau akhirnya membalas balik.

4. Fly dan Notail – OG vs EG – Dota 2

Boleh dikatakan hubungan Notail dan Fly ibarat adik beradik paling terkenal dalam dunia e-sukan Dota 2.

Tetapi Fly meninggalkan OG dan menyertai EG beberapa lama kemudian.

Fly pula dalam temubual ketika The International mengatakan dia pasti akan mengalahkan OG dan bercakap besar, menyalahkan pasukan lamanya itu.

Namun, akhirnya kata-kata memakan diri apabila Fly kalah semasa TI.

Malah tahun itu juga OG terus memenangi TI 8 pada tahun Fly sendiri meninggalkan pasukan OG beberapa bulan sahaja sebelum TI 8.

Tidak lupa juga perkara ini berlaku lagi sekali semasa TI 9.

5. Chillindude829 – Super Smash Bros Melee

Super Smash Bros Melee antara versi Smash Bros paling terkenal.

Chillin walaupun sudah lama dalam scene e-sukan Melee bertindak melakukan satu perkara lebih hebat dari hanya trash talk.

Dia membuat satu diss track rap untuk mengutuk lawannya.

Namun diss track itu nyata tidak membantunya apabila Chillin kalah berlawan dengan L3ffin dengan skor 5-0 untuk Apex 2019 dan tersingkir.

Oleh itu, tidak kira anda seorang pemain atau pemain profesional e-sukan, apabila anda trash talk anda sepatutnya bersedia untuk mempertahankan trash talk anda.

Apa yang lebih penting adalah menghormati pihak lawan anda.

RELATED NEWS

+