5 permainan video macam Stray – dari jadi kucing jadi binatang lain pula

Stray membuktikan walaupun jadi kucing anda masih boleh mendapatkan keseronokan dalam permainan video.

Banyak lagi sebenarnya RPG yang memberi pengalaman sama seperti Stray. Dari menjadi seekor ikan sehingga menjadi angsa.

Jom lihat lima permainan video macam Stray.

Apa kata dari menjadi seekor kucing anda jadi binatang lain pula?

1. Maneater

Apa kata anda jadi seekor jerung yang boleh berubah dengan mutasi.

Permainan ini mudah anda hanya perlu makan dan hancurkan semua benda dan paling penting anda boleh jadi pelbagai jenis jerung yang ada.

2. Okami

Kali ini ada akan menjadi dewa serigala bernama Amaterasu.

Okami juga terkenal dengan penceritaan dan permainan yang sangat unik iaitu anda perlu melukis sambil berlawan.

Setiap lokasi baru bagaikan lukisan memberi anda pengalaman berbeza.

Okami adalah permainan video yang sangat sesuai untuk peminat-peminat Stray.

3. Ecco The Dolphin: Defender of Future

Mungkin permainan ini agak lama dari zaman PS2.

Ecco menceritakan anda sebagai Ecco seekor dolphin yang berlawan untuk menyelamatkan laut.

Banyak penerokaan yang anda boleh buat dalam pengembaraan akuatik ini.

4. Tunic

Kini anda akan menjadi seekor musang kecil sebagai protagonis.

Permainan Tunic sangat mengasyikkan seperti gabungan Zelda dan Dark Souls.

Tunic membawa protagonis musang dengan pelbagai kemahiran dan sudah pasti setiap minit akan penuh dengan pengembaraan mencabar.

5. Untitled Goose Game

Sudah semestinya selepas menjadi kucing anda perlu menjadi angsa.

Angsa yang anda kawal mempunyai satu misi iaitu anda perlu mengganggu kehidupan penduduk kampung seperti mecuri barang-barang dan menhalang orang lain dari membuat kerja seharian mereka.

Dengan grafik minimalistik dan sususan lagu yang baik akan menambah lagi keseronokan bermain sebagai angsa.

Paling penting anda mempunyai butang ‘honk’ untuk terus mengganggu orang lain dengan bunyi angsa yang mengjengkelkan.

Apa lagi 5 permainan video macam Stray yang ada?

RELATED NEWS

+