5 permainan video paling susah untuk speedrun

Untuk pengetahuan semua, speedrun dalam permainan video sudah menjadi begitu popular dan sinomin sehingga boleh dikatakan setiap permainan video mempunyai komuniti speedrun mereka masing-masing.

Konsep ini memerlukan seseorang itu untuk berlatih berjam-jam bagi membuat satu speedrun yang sempurna dan pantas.

Jom lihat lima Permainan Video Paling Susah untuk Speedrun:

1. Cuphead

Sejak keluarnya Cuphead, ramai orang sudah mencuba untuk speedrun permainan ini dengan pantas.

Cuphead memerlukan kemahiran yang tinggi dan sangat tepat kerana kesukaran permainan itu sendiri.

Anda pula perlu mengetahui setiap pergerakan dan teknik untuk mengalahkan semua bos yang berbeza.

Ditambah lagi dengan mekanik pelantar Cuphead yang sangat susah.

Setakat ini mendapat masa diantara 20-40 minit sudah cukup untuk membuktikan anda adalah pemain Cuphead yang baik.

2. Spelunky

Spelunky adalah satu permainan yang begitu susah seadanya. Dengan setiap peta yang anda masuk akan berbeza-beza dan tidak pernah sama.

Salah satu punca untuk membuat speedrun yang baik dalam Spelunky adalah nasib yang baik.

Tiada benda yang anda boleh hafal dan tiada kedudukan raksasa yang anda boleh eksploitasikan.

Anda juga tidak tahu apa senjata yang anda akan dapat.

Spelunky memerlukan beratus malah ribuan jam untuk berlatih speedrun Spelunky.

3. Tetris: The Grand Master 3 – Terror Instinct

Tetris versi ini mempunyai tahap kesusahan yang lebih susah dari Tetris lain.

Dalam Tetris ini anda perlu bermain dalam tahap level paling susah dan apabila kredit pengakhiran keluar satu level istimewa akan keluar dan anda perlu mendapatkan sebanyak mata yang boleh.

Tetapi semasa level istimewa ini, tetris yang dibawah sebaliknya akan menjadi halimunan dan memerlukan anda untuk menghafal kedudukan Tetris yang sudah anda letak.

4. Super Mario 64

Super Mario 64 adalah antara permainan video lama yang paling ramai komuniti speedrun.

Tetapi dedikasi untuk mendapat semua bintang bagi menghabiskan permainan ini sangat susah.

Disebabkan komuniti yang ramai semua rekod speedrun yang ada hanya berbeza dalam saat atau milisaat sahaja.

Ada speedrunner yang sudah bertahun-tahun berlatih untuk memastikan mereka mampu speedrun semua benda di dalam Super Mario 64 untuk mendapatkan kesemua 120 bintang dalam masa yang singkat.

5. Bloodborne

Genre Soulsborne sudah pasti akan ada untuk senarai seperti ini.

Bloodborne berbeza dari permainan Souls yang lain kerana Bloodborne memerlukan anda untuk menjadi agresif dari pasif.

Tetapi menjadi agresif ditambah dengan ketepatan untuk mengelak dan memastikan anda tidak mati adalah sangat sukar.

Speedrun pula menambahkan kesukaran permainan ini menjadi lebih sukar dari biasa.

Anda pernah cuba untuk speedrun? Jika pernah permainan video apa yang anda pernah cuba?

RELATED NEWS

+