Bloodborne belum diumumkan untuk PC tapi anda boleh cuba Yarntown yang jauh lebih comel

Pembangun Max Mraz telah mengeluarkan Yarntown, sebuah permainan video pixel yang diinspirasikan oleh permainan video eksklusif PlayStation 4 (PS4) Bloodborne.

Yarntown hanya mengandungi sebahagian kecil lokasi-lokasi Bloodborne dan ia boleh dimain secara percuma. Anda boleh muat turun permainan yang hanya bersaiz 34MB ini melalui laman web itch.io.

Dalam Yarntown, anda akan menemui musuh boss Bloodborne terkenal seperti Father Gascoigne dan Cleric Beast. Walaupun permainan video ini mempunyai penampilan comel, ia tetap mempunyai tahap kesusahan yang agak tinggi.

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+