5 Permainan Video Simulasi untuk anda rehat minda – Asyik stress je main game

Apa kata anda bermain permainan video yang relaks untuk merehatkan minda anda?

Dari asyik bermain permainan seperti MOBA yang sentiasa boleh meningkatkan amarah.

5 Permainan Video Simulasi untuk anda rehat minda:

1. Power Wash Simulator

Anda hanya ada satu kerja saja. Cuci semua benda yang kotor dengan pam air kuat.

Dari mencuci rumah sehingga taman besar anda juga boleh bermain bersama-sama rakan anda yang lain.

2. Cat Goes Fishing

Permainan mudah alih ini sangat mudah untuk dimain. Anda menjadi seekor kucing yang hanya menangkap ikan.

Itu sahaja yang perlu anda buat.

3.Slime Rancher 1/2

Slime Rancher 2 baru-baru ini sudah dilancarkan. Ia adalah permainan video gabungan Harvest Moon dan pembelaan haiwan.

Haiwan yang anda akan bela adalah slime, makhluk yang pelbagai jenis dan rupa dan mempunyai personaliti berbeza.

Paling penting slime yang ada semua comel-comel belaka.

4. Stardew Valley

Sudah semestinya Stardew Valley memberikan anda ketenangan.

Terkenal dengan banyak perkara yang anda boleh buat untuk membina semula ladang anda.

Anda juga perlu berinteraksi dengan NPC yang ada dan mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

Nikmat melihat tempat anda dari tiada apa-apa sehingga pelbagai benda di dalam ladang anda sangat memuaskan.

5. House Flipper

Nak deko rumah seperti Eric Leong tetapi tiada duit?

Anda boleh bermain House Flipper satu permainan simulasi membina deko rumah semula.

Bermula dari membersihkan rumah yang teruk dan tiada apa-apa.

Kemudian anda perlu menghias dan mencantikkan rumah itu untuk dijual.

Jadi pereka rumah dan dekorasi yang berjaya.

Apa lagi permainan video yang sesuai untuk merehatkan minda anda?

RELATED NEWS

+