Pencipta Stardew Valley lebih fokuskan mendedahkan game baru berbanding kemaskini

Eric Barone, pencipta Stardew Valley, menyatakan dia kini lebih memfokuskan dalam menghasilkan permainan baru berbanding kemaskini baru untuk permainan simulasi popularnya. 

Dia berkata kepada Zach Hartman di Twitch berkaitan Stardew Valley Cup, Barone menerangkan bahawa dia kini tidak usahakan kemaskini akan datang untuk Stardew Valley, tetapi lebih fokuskan pada permainan baru.

Sementara Barone masih lagi merahsiakan perincian mengenai permainan baru yang sedang diusahakannya, dia ada berkongsi kepada peminat beberapa perkara untuk dibayangkan menjelang pelancaran rasmi nanti. 

“Saya mungkin umumkannya agak awal. Apakah ia, tiada siapa tahu buat masa ini,” katanya. “Apa yang saya akan katakan, ia adalah sebuah lagi permainan seni piksel, dengan perspektif dari atas sama seperti Stardew Valley. Dalam beberapa perkara, ia agak sama dengan Stardew Valley, tapi ia bukan permainan berkebun. Ia suatu yang berbeza.”

Seperti yang disebutkan tadi, perincian mengenai permainan baru mula didengari semasa Stardew Valley Cup. Acara itu diusahakan oleh Barone dan Hartman, dan merupakan kejohanan kompetitif pertama permainan itu, dengan menawarkan prize pool sebanyak RM166,000.

Pada penghujung strim itu, Barone mengucapkan tahniah buat pasukan Sandy’s Candice yang menjadi juara, di Twitter.

Stardew Valley mencapai kejayaan yang sangat baik sejak dilancarkan pada 2016, dengan komuniti yang cukup memberansangkan dan berdedikasi. Malah, permainan itu juga ditawarkan di pelbagai platform iaitu Switch, peranti mudah alih dan konsol, termasuk board game.

Jika permainan baru Barone ini mampu memberikan karisma seperti simulasi berkebunnya, mustahil untuk peminat setianya akan melepaskan peluang bermainnya. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+