5 permainan video yang perlu ada remake

Banyak permainan video klasik lama yang telah dimakan dek zaman dan teknologi. Baru-baru ini ramai pemain permainan video seronok dengan pengumuman Dead Space Remake.

Jadi apa salahnya beberapa permainan video yang bagus mempunyai remake dengan teknologi zaman sekarang.

1. Brave Fencer Musashi

Brave Fencer Musashi adalah permainan video PS1 dari Square Soft. Permainan ini antara RPG terbaik untuk platform itu.

Iai juga menerima sekuel di PS2 namun sambutan kurang baik walaupun grafik dan permainan yang seronok.

Remake dengan grafik moden sudah pasti akan menarik balik peminat lama dan juga baru.

Mungkin Square Enix patut mengembalikan Musashi semula.

2. Silent Hill

Silent Hill selalunya dibandingkan dengan Resident Evil, tetapi sebenarnya kedua-dua permainan video ini mempunyai konsep yang sangat berbeza.

Penggunaan tema juga adalah yang lain seperti rasa bersalah dan juga kehilangan, dan merubah konsep ini menjadi lebih menakutkan.

Silent Hill mempunyai estetik unik dan akan menjadi lebih hebat dengan teknologi zaman sekarang.

Mungkin seperti perubahan grafik macam Resident Evil Remake?

Hideo Kojima juga telah memberi kita Silent Hills dengan Norman Reedus tetapi projek itu akhirnya ditukarkan kepada Death Stranding.

3. Grand Theft Auto: Vice City

Vice City antara permainan video yang menjadi kegilaan ramai orang di Malaysia.

Buktinya ramai peminat-peminat yang cuba untuk membuat Vice City dengan grafik baharu di dalam komuniti mod. Vice City mempunyai kelebihan tersendiri dengan cheatcodes yang seronok untuk digunakan. Bayangkan Vice City dengan grafik GTA V.

4. Max Payne

May Payne terkenal dengan aksi menembak bullet time. Aksi yang penuh dengan slow motion ala Matrix menjadi antara yang paling terbaik pada zaman itu.

Max Payne 3 juga sangat menyeronokkan dan sepatutnya Max Payne mendapat remake sendiri dengan semua naik taraf dari enjin permainan video baharu.

5. Dino Crisis

Dino Crisis boleh dikatakan jawapan Capcom untuk versi Resident Evil yang lain. Dari menggunakan zombi apa kata tukarkan kepada dinosaur?

Resident Evil juga berjaya dengan remake yang baru dan tidak dinafikan Dino Crisis juga boleh mendapat remake yang baharu sama seperti Resident Evil.

Dinosaur juga mungkin akan tampak lebih realistik dan lebih menakutkan.

Malah tahun lepas terdapat satu April Fools Joke dari pasukan Shirrako di Youtube menunjukkan Dino Crisis Remake.

Apa lagi permainan video yang anda rasa perlu ada remake yang baru?

RELATED NEWS

+