Sebuah laporan menyatakan trilogi Grand Theft Auto kini di dalam proses remaster dan akan tiba di pelbagai platform, termasuk Nintendo Switch. Ia juga dilaporkan akan tiba musim luruh ini.
Dilaporkan oleh Kotaku, dalam laporannya menyatakan Rockstar Games kini sedang lakukan remaster ke atas GTA 3, Vice City dan San Andreas menggunakan Unreal Engine. Mereka juga akan menampilkan gabungan grafik lama dan baru.
Menurut laporan itu lagi, cabang Rockstar Scotland, Rockstar Dundee, mengetuai projek dan akan bekerja bersama syarikat Rockstar yang lain untuk membangunkan port GTA 5 bagi platform PlayStation 5 dan Xbox Series X/S yang dijadualkan tahun ini.
Ura-ura mengenai hal ini sudah bertahun berlegar dan mereka menjadi lebih menarik apabila Rockstar mula menggunakan DMCA ke atas remaster peminat.
Salah satu sumber Kotaku juga menyatakan, mereka terlihat satu rakaman remaster dimainkan dan grafik yang mengingatkan mereka kepada permainan GTA klasik yang dimodkan. UI bagi permainan juga di tambahbaik, walaupun rekaan karakter masih lagi sama.
Selain itu, Kotaku juga menyatakan koleksi remaster ini asalnya akan tiba bersama port baharu GTA 5 dan GTA Online sebagai bonus, tetapi ianya diubah dan akan menjadi pakej standalone dan akan dilancarkan seawal tahun ini iaitu sekitar Oktober atau November.
Trilogi ini akan dilancarkan di Xbox One, Xbox Series X/S, PS4, PS4, PC, Stadia, peranti mudah alih dan Switch.
Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.