5 Sebab Korang Patut Tengok Birds Of Prey

Memang ramai yang menantikan filem-filem adiwira wanita seperti Wonder Woman 1984 (5 Jun), tapi Harley Quinn mencuri tumpuan lebih awal dengan filem spin-off miliknya iaitu Birds of Prey (and The Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn).

Nak tahu sebab apa korang patut usha filem ni dekat pawagam sekarang? Jangan risau, jom baca lima fakta menarik Birds of Prey!

 

1. Kembara Harley Quinn dan rakan-rakan

Suicide Squad mungkin menjadi filem pertama memperkenalkan watak Harley Quinn yang mencuri tumpuan, tapi ia tak cukup powerful kerana plotnya kurang menyengat. Jadi, lebih menarik kali ini apabila Harley menerima spin-off sendiri.

Kembara yang diketuai oleh awek Joker yang sekarang solo ini nyata mencabar dan seronok dengan pengenalan empat watak wanita baru dalam DC Extended Universe (DCEU), Black Canary, Huntress, Cassandra Cain dan Renee Montoya. Sedikit yang korang perlu tahu, watak ini mempunyai connection antara satu sama lain bagi mengejar satu objektif iaitu menyelamatkan Cassandra Cain yang diburu oleh Black Mask.

Background story bagi karakter-karakter ini juga diceritakan dengan pantas tapi cukup padat untuk korang faham kaitannya dengan matlamat Harley Quinn. Filem ini juga banyak memaparkan aksi berlawan yang mungkin ditunggu-tunggu peminat Harley Quinn yang belum puas dengan aksinya dalam Suicide Squad.

 

2. Black Mask adalah penjahat yang sangat menawan

Villain utama dalam filem ini, Roman Sionis (Black Mask) dilakonkan oleh pelakon kelahiran Scotland, Ewan McGregor. Bercakap mengenai performance, Ewan adalah tak lain tak bukan Obi-Wan Kenobi dari filem Star Wars dan beliau pernah melakonkan watak cukup mencabar dalam filem Doctor Sleep (Stephen King). Bagi yang pernah mengikuti genre fantasi, Ewan adalah bintang utama filem Jack The Giant Slayer.

Korang takkan kecewa dengan watak Black Mask, tidak seperti dalam filem Harley Quinn sebelum ini. Suicide Squad tidak memberikan cukup impak dengan kejahatan dicetuskan Enchantress kerana plot yang agak lemah. Bagi filem terbaru ini, Black Mask tampil lebih keji namun dengan gaya bersahaja. Korang juga akan saksikan bagaimana dia gunakan duit untuk kepentingan sendiri.

Black Mask dibantu oleh Victor Zsasz, orang kanan yang cukup obses dengan bos beliau ni. Dalam filem ini, korang akan saksikan bagaimana keakraban mereka berdua yang sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa mereka nak. Kalau korang nak tahu juga, mereka berdua adalah villains yang cukup ikonik dalam komik DC.

 

3. Huntress yang misteri dan.. cantik!

Jarang sebenarnya filem superhero melakonkan watak yang mahir menggunakan busur silang (crossbow) dan Mary Elizabeth Winstead sangat sesuai untuk watak ini. Dalam filem ini, korang akan saksikan bagaimana Huntress diperkenalkan dengan masa lalunya yang sangat gelap. 

Kehadiran Huntress dalam plot juga bukanlah awkward dan dilaksanakan dengan berkesan.

Apa pun, Huntress adalah watak yang very likeable tapi diharapkan dia lebih muncul dalam banyak babak.

Sebelum ini, Mary pernah melakonkan watak Ramona Flowers dalam Scott Pilgrim vs The World dan filem ini menerima ikutan (cult following) walaupun tidak berapa menyerlah di box office. Beliau juga dikenali dengan peranan sebagai scream queen untuk beberapa filem seperti Final Destination 3, 10 Cloverfield Lane dan The Thing. Jangan lupa juga wataknya sebagai Royal Pain dalam filem Sky High!

 

4. Babak yang very colorful

Terfikir saja pasal Harley Quinn, kita akan terbayangkan babak yang tidak terlalu serius dan sangat colorful. Tapi disebabkan filem ini adalah untuk penonton 18 tahun ke atas, ia dipenuhi dengan adegan agak brutal tapi dilaksanakan dengan cara yang tidak berat. 

Tiada kenderaan powerful seperti kereta Batman tapi babak perlawanan dalam filem ini penuh warna-warni di Bandar Gotham. Ditambah dengan rekaan kostum pada filem ini memberitahu penonton bagaimana personaliti karakter-karakter ini dimainkan.

 

5. Cukup kelakar

Selain aksi yang cukup brutal dan efek visual yang menarik, Birds of Prey juga cukup kelakar dengan dialog diberikan kepada Harley. Walaupun kebanyakannya hanya one-liner, ia cukup untuk membuatkan korang ketawa. 

Bukan itu saja, Black Mask yang berperwatakan flamboyant juga mempunyai unsur humor tersendiri jadi korang tak rasa antagonis ini hanya one-dimensional (karakter yang kurang latar belakang). Interaksi Harley dengan watak lain juga cukup kelakar dengan elemen sarkastik dimuatkan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+