Trailer Terbaru Shazam! Dipertontonkan – Ada Adegan Perlawanan Dengan Dr. Thaddeus Sivana

Peminat DC, korang mesti tahu yang Aquaman dah pun berjaya mengutip USD1 Bilion dari pawagam seluruh dunia. Hasil masterpiece anak kelahiran Kuching, Malaysia, James Wan itu dianggap sebagai penyelamat kepada DC Extended Universe (DCEU). Kali ini, giliran Shazam! pula mungkin?

Dalam trailer pertama Shazam! yang akan hadir pada 5 April ini, korang boleh saksikan bagaimana Billy Batson (Asher Angel) menjadi superhero dewasa Shazam (Zachary Levi) apabila diberikan kuasa oleh ahli sihir Shazam.

Trailer kedua ini menunjukkan sedikit babak perlawanan antara Dr. Thaddeus Sivana. Walaupun filem ini menggunakan tema jenaka tapi Shazam! masih lagi perlu beraksi sebagai superhero! Pada akhir trailer ini juga, elemen jenaka tetap ada apabila Shazam dan rakan baiknya, Freddy (Jack Dylan Grazerberjumpa dengan ajen hartanah untuk mendapatkan tempat persembunyian mereka sendiri (ala-ala Batcave).

Selain Shazam! Captain Marvel dari MCU akan ditayangkan dulu pada 8 Mac dan Avengers: Endgame pada 26 April. Pendek kata, tahun ini adalah tahun superhero mendominasi pawagam!

Sumber: Cinemablend

RELATED NEWS

+