Aquaman ‘Digilai’ Penduduk China, Catat RM390 Juta Pada Minggu Pertama

Bertuah betul penduduk China dapat usha Aquaman dulu di pawagam!

Macam mana penerimaan mereka dengan karya anak Malaysia, James Wan? Jangan terkejut kalau Aquaman adalah filem paling laku milik Warner Brothers untuk minggu pertama di China!

Ia mencatatkan kutipan USD93.6 juta, menewaskan Ready Player One, filem arahan Steven Spielberg sebanyak 66 peratus.Ā 

Wan juga ada mengucapkan terima kasih kepada warga China di laman Twitter miliknya.

Aquaman juga mengalahkan Justice League dengan 92% dan Batman v. Superman: Dawn of Justice sebanyak 78%. Kutipan USD93.6 juta itu juga melebihi apa yang dicatatkan Wonder Woman pada minggu pertama.

Selepas China, United Kingdom, Rusia, Mexico, dan Brazil akan menyaksikan filem ini bertanding dengan Spider-Man: Into The Spider-Verse.

Nampaknya, Aquaman arahan James Wan sememangnya positif dan mungkin boleh menyelamatkan francais DC Extended Universe (DCEU) selepas ramai kritikan mengatakan francais ini sedang mengalami kejatuhan. Selepas Wonder Woman, tak mustahil Aquaman dapat membentuk hala tuju lebih positif untuk DCEU.

Ia akan ditayangkan di Malaysia pada 13 Disember 2018.

Filem seterusnya dalamĀ universeĀ ini ialah Shazam! pada 5 April 2019, Birds of Prey pada 7 Februari 2020 dan Wonder Woman 1984 pada 5 Jun, 2020.

Sumber: ComicbookĀ 

RELATED NEWS

+