The Last of Us Part II Lebih Brutal, Menyaksikan Ellie Menjadi Kejam dan Tak Berhati Perut

Akhirnya, seperti yang ditunggu ramai, The Last of Us Part II didedahkan di persidangan E3 2018 dan nyata tak mengecewakan!

Sony menunjukkan trailer gameplay terbaru dan ia kelihatan menakutkan dan brutalTrailer itu dimulakan dengan Ellie yang bercakap dengan seorang lelaki sementara menyaksikan party disambut di sekeliling mereka. Seorang karakter perempuan muncul dan membawa Ellie ke dance floor yang mana mereka berkongsi ciuman.

Ketika perbincangan mereka, Ellie mengatakan dirinya, “Hanya budak perempuan, bukan ancaman,” Rakannya bagaimanapun membalas mengatakan semua orang patut takut akan Ellie. Babak perciuman mereka kemudian transition kepada Ellie menoreh leher seorang lelaki. Dan kemudian, kita dapat menuaksikan demo yang dipanjang, menunjukkan Ellie meneroka bandar yang dah dikelilingi pohon dan tumbuhan hijau.

Selepas bergelut dengan beberapa musuh, Ellie menyorok dalam semak dan merangkak di bawah kereta untuk menyorok dari ditanngkap. Meter detection muncul apabila mereka sedang mencari dan tempat menyorok Ellie akhirnya diketahui. Ellie sekali lagi berlawan untuk kelangsungan hidupnya. Dia bergerak dari kawasan ke kawasan, mengambil botol dan membaling sebelum berlari ke dalam satu kedai dan menyorok di belakang kaunter.

Tiga musuh mengikuti, memegang kapak besar. Ellie mereka satu panah letupan sementara musuh sedang mencari. Dia kemudian membidik dan menyebabkan letupan besar. Ellie kemudian melompat dan menewaskan musuh dengan mudah. Dia juga lebih ganas dan kejam, membenamkan kapak tadi ke badan musuh yang terbaring.

Setakat ini tiada tarikh rasmi diumumkan oleh Naughty Dog.

Ia adalah trailer yang sangat brutal dan bagaimana ia mencerminkan ton dan tema permainan ini apabila dilancarkan kelak. Saksikan trailer di bawah!

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+