The Last Of Us Bakal Dijadikan Siri HBO

Pada zaman PlayStation 3 (PS3), salah satu permainan video pasca apokaliptik yang sangat popular ialah The Last of Us. Ia memenangi banyak anugerah Game of the Year dan sering dinobatkan sebagai judul terhebat dalam katalog PS3.

Berita terbaru daripada pihak HBO dan Naughty Dog mengesahkan bahawa permainan video tersebut akan dijadikan sebuah siri televisyen. Ia akan ditulis oleh Craig Mazin, penulis siri HBO Chernobyl, dan Neil Druckmann, pengarah dan penulis permainan video The Last of Us.

Dua studio terbitan yang bekerjasama unutk menerbitkan siri televisyen ini adalah Sony Pictures Television dan PlayStation Productions. Ini bermaksud projek ini akan menjadi siri televisyen pertama daripada PlayStation Productions.

Diharapkan para peminat The Last of Us banyak bersabar kerana pengumuman ini menunjukkan projek ini masih berada pada tahap yang sangat awal.

Satu lagi projek yang sedang diusahakan oleh PlayStation Productions ialah filem Uncharted yang juga diadaptasikan dari permainan video yang dibangunkan oleh Naughty Dog. Pada waktu ini, tarikh pelancaran filem tersebut ditetapkan pada 5 Mac 2021.

Sumber: The Hollywood Reporter

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+