515 eParty: sertai acara Tembok Hajat untuk dapat skin dan wira percuma

Bermula pada 2 Mei sehingga 15 Mei 2020, para pemain Mobile Legends: Bang Bang boleh menyertai acara Tembok Hajat untuk mendapatkan pelbagai skin dan wira percuma.

Untuk menyertai acara ini, anda hanya perlu log masuk dan gunakan Tiket Parti untuk buat hajat. Melalui acara ini, anda berpeluang mendapatkan skin dan wira percuma menarik seperti Faramis, Faramis “Dark Necro”, Gatotkaca “Arhat King”, dan bingkai avatar “Dawn Guard”.

Terdapat banyak lagi aktiviti dan pertandingan menarik sempena sambutan 515 eParty yang kini sedang berlangsung. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+