515 eParty: tak perlu bermewah-mewahan untuk sertai Pertandingan Cosplay MLBB Bajet Rendah

Apabila berbicara tetang hobi atau aktiviti cosplay, ramai orang berfikir bahawa mengeluarkan jumlah wang yang banyak merupakan satu kewajipan untuk menghasilkan kostum yang hebat. Walaubagaimanapun, cosplay yang menghiburkan tetap boleh dihasilkan dengan bajet yang rendah.

Sempena sambutan 515 eParty Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Moonton kini mengadakan sebuah Pertandingan Cosplay MLBB Cosplay Bajet Rendah. Pertandingan ini berlangsung daripada 1 Mei sehingga 10 Mei 2020. Pemenang akan diumumkan pada 18 Mei 2020.

Seperti yang dinyatakan dalam tajuk pertandingan ini, matlamatnya ialah untuk memberikan dorongan kepada para peminat MLBB untuk menggunakan daya pemikiran kreatif untuk menghasilkan cosplay yang menarik dengan barangan di rumah tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Para peminat MLBB digalakkan menyertai pertandingan ini kerana hadiah-hadiah yang boleh dimenangi sangat lumayan. Semua karya seni yang layak memasuki pertandingan akan memenangi 200 sehingga 500 Diamonds.

Berikut adalah langkah-langkah serta peraturan penyertaan pertandingan ini:

  1. Hantarkan hasil kerja anda ke Facebook, Instagram, YouTube, VK, TikTok atau mana-mana platform sosial lain milik anda dan hantarkan pautan anda dalam Google Sheets ini.
  2. Penyertaan boleh samada foto atau video. Panjang video hendaklah tidak kurang daripada 30 saat, saiz foto hendaklah 1080 * 1080 piksel.
  3. Watak yang anda mainkan mestilah boleh dikenalpasti sebagai Wira MLBB. Wira-Wira yang dicadangkan: Lylia, Gusion, Harith, Lesley, Esmeralda.
  4. Sila tag #MobileLegendsBangBang #LowBudgetCosplay. Hanya hasil kerja yang bertag sahaja akan dikira sebagai penyertaan.
  5. Semua hasil kerja yang anda hantarkan mestilah yang asli. Jika tidak, anda akan disingkirkan.
  6. Hasil kerja anda, sebaik terpilih, mungkin akan diterbitkan dalam laman web FB rasmi MLBB’s FB, lain-lain platform media sosial rasmi MLBB ataupun sebarang aktiviti-aktiviti luar talian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi MLBB dan baca Polisi Kandungan Derivatif sekiranya perlu.
  7. Anda hanya boleh menghantar satu pautan dalam satu-satu masa. Jika anda memiliki banyak hasil kerja, sila hantarkannya secara berasingan.

Berikut adalah senarai hadiah kemenangan:

  • Hadiah Utama – Rafaela “Flower Fairy”
  • Hadiah Kedua – 2 x Bruno “Best DJ”
  • Hadiah Ketiga – 5 x Esmeralda “Poison Vine”
  • Hadiah Penyerlahan (semua karya seni yang layak) – 200 sehingga 500 Diamonds
  • Semua karya seni terbaik juga mendapat Kad Percubaan Bingkai MLBB Star Influencer (7 Hari)
  • Kesemua karya seni yang layak boleh diberi ganjaran berbentuk Pakej Hadiah (bernilai 80 Diamonds).

Serlahkan bakat kreatif anda dan buktikan kepada semua orang bahawa cosplay tidak memerlukan bajet yang tinggi! Gunakan barangan yang boleh dijumpa di rumah anda atau dibeli secara mudah di kedai runcit.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang pertandingan ini serta terma dan syarat, anda boleh rujuk laman rasmi Facebook Mobile Legends: Bang Bang.

RELATED NEWS

+