Bapa berang, baling PC anak ke kolam renang

Membeli PC dengan hasil titik peluh sendiri adalah salah satu pengalaman paling seronok untuk seseorang.

Namun, bagi penstrim cilik ini, bapanya membuang PC yang digunakan duit usahanya ke dalam kolam renang.

Penstrim yang berumur 15 tahun ini menggunakan nama NarwhalFPS.

Dia juga menggunakan PC itu untuk bermain VALORANT dan membuat videonya sendiri.

Semuanya bermula apabila Narwhal menghadapi masalah dengan PC dan menuduh adiknya membuat sesuatu terhadap PC itu.

Narwhal kemudian memohon bantuan ayahnya yang tahu-menahu mengenai komputer.

Namun malang tidak berbau, bapanya menghadapi masalah di tempat kerja dan dia pula masih mahu bergaduh dengan adiknya dan terus bergaduh.

Bapanya berang kerana hal ini dan kemudian terus membuang PC itu ke dalam kolam renang di rumahnya.

Orang ramai juga mahu membantunya tetapi Narwhal mengatakan ibubapanya pasti tidak akan membenarkannya untuk membuat permohonan dana dari orang ramai dan dia juga tidak selesa untuk memohon duit orang ramai.

RELATED NEWS

+