Undawn kerugian besar sejak pelancaran Jun tahun lepas

Undawn, permainan video dunia terbuka zombie dilancarkan pada Jun tahun lalu untuk pelantar PC dan mudah alih.

Lebih mengejutkan ramai tidak mengetahui mengenai kewujudan permainan video ini.

Walaupun dengan promosi dari pemenang Oscar, Will Smith permainan video ini hanya membawa kerugian untuk Tencent.

Menurut Reuters, Undawn gagal dengan jayanya.

Permainan ini mempunyai lebih 300 orang pembangun dengan bajet hampir 1 billion yuan (RM662 juta) dan hanya mendapat hasil sebanyak AS$ 287 ribu (RM1.3 juta).

Jumlah ini hanya 0.2 % sahaja dalam masa lapan bulan dari jumlah keseluruhan bajet.

Antara beberapa faktor kegagalan ini adalah pemasaran yang kurang efektif sehingga ramai para gamer tidak mengetahui akan kewujudan permainan ini.

Di Steam pula, reviu jug tidak memberangsangkan dengan reviu campuran 54.81% sahaja.

Jumlah pemain pula hanya sedikit dengan 717 pemain serentak setakat ini dan Undawn pernah mencapai 8,531 pemain sejak 9 bulan lepas.

Angka ini tidak termasuk pemain di Android dan iOS.

Malah beberapa netizen mengatakan mereka tidak tahu menahu mengenai permainan video ini dan hanya mengetahui kewujudan selepas keluarnya artikel dari beberapa laman sesawang berita permainan video yang lain.

Tencent juga difahamkan sedang bergerak jauh dari menghasilkan permainan video berskala besar menurut Ketua Pegawai Strategi, James Mitchell.

Nampaknya, walaupun dengan promosi Will Smith dan bajet yang besar Undawn tidak berjaya menarik minat ramai pemain genre ini.

RELATED NEWS

+