Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) di Amerika Syarikat akibat melanggar Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA)."> Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) di Amerika Syarikat akibat melanggar Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA)." /> Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) di Amerika Syarikat akibat melanggar Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA)." />

Epic Games diarah untuk membayar RM2.3 bilion

Epic Games kini diarah oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) di Amerika Syarikat akibat melanggar Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA).

Epic Games pengeluar dan pembina permainan video terkenal Fortnite telah melanggar akta tersebut kerana mengambil maklumat kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah tanpa persetujuan ibu bapa.

Menurut FTC, Epic Games perlu membawa ASD $300 (RM1.2 bilion) juta untuk penalti sivil dan ASD $210 juta (RM840 juta) untuk penyelesaian pengguna secara bayaran balik.

“Orang ramai perlu dilindungi, terutamanya kanak-kanak dari pencerobohan atas talian.”

Tambahan lagi, Epic Games dikritik kerana membuat permainan video untuk menipu pemain dalam membuat pembelian tidak sengaja.

Fortnite adalah permainan percuma namun permainan itu tidak konsisten dan mengelirukan pemain dengan hanya satu butang.

Epic Games juga memberi kanak-kanak membeli apa-apa dengan matawang Fortnite tanpa memerlukan kebenaran ibu bapa.

Keputusan ini adalah peringatan baik untuk syarikat supaya menjaga hak asasi dan privasi pengguna dengan serius.

Permainan video adalah hiburan untuk semua orang tidak mengira umur, tetapi industri ini tidak perlulah mengikut cara industri lain.

Rujukan: FTC

RELATED NEWS

+