AC Milan ceburi e-sukan dengan kerjasama bersama QLASH

Pasukan bola sepak terkenal dari Itali, AC Milan, telah mengumumkan kerjasama bersama organisasi e-sukan dari negara yang sama iaitu QLASH. Kerjasama ini menghasilkan kumpulan AC Milan QLASH yang akan bertanding dalam FIFA dan Brawl Stars.

Untuk arena e-sukan FIFA, mereka akan diwakili oleh Diego “QLASH Crazy” Campagnani dan Fabio QLASH Denuzzo Denuzzo. Crazy menamatkan musim FIFA20 sebagai pemain #1 dunia di platform PlayStation. Kedua-dua pemain ini akan menyertai kejohanan eSerie A TIM 2020/2021 dan kejohanan-kejohanan FIFA21 lain.

Untuk Brawl Stars pula, pasukan AC Milan QLASH akan menyertai Brawl Stars World Finals 2020 yang akan berlangsung pada 21 dan 22 November ini.

“Kerjasama ini merupakan satu lagi langkah dalam usaha pemodenan dan inovasi kelab AC Milan. Kami yakin ini adalah permulaan kepada sebuah pengalaman hebat untuk kami dan para peminat AC Milan dari seluruh dunia, dan kami berbesar hati untuk memulakan perjalanan dalam dunia e-sukan dengan syarikat hebat seperti QLASH,” kata Casper Stylsvig, Ketua Pegawai Pendapatan AC Milan.

Sumber: AC Milan

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+