Acara EA Play Live 2020 akan diadakan secara digital pada 11 Jun 2020

Electronic Arts (EA) kini telah mengumumkan bahawa acara EA Play Live untuk tahun ini akan diadakan secara digital sepenuhnya pada 11 Jun 2020.

Untuk acara tahun ini, EA menjanjikan pendedahan dan pengumuman permainan video baharu serta berita-berita tentang permainan video terbitan mereka.

Pada tahun lepas, acara EA Play diadakan dari 8 Jun sehingga 9 Jun 2019 di Hollywood Paladium, Los Angeles. Keputusan untuk mengadakan acara ini secara digital pada tahun 2020 semestinya dibuat akibat wabak COVID-19.

Mengikut waktu Malaysia, acara tersebut akan mula disiarkan pada 12 Jun 2020 pada waktu 7:00AM.  Untuk maklumat lanjut tentang acara EA Play, anda boleh rujuk laman web rasmi Electronic Arts.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+