"> " /> " />

Selamat tinggal FIFA Online 3..

Permainan e-sukan bertemakan bola sepak, FIFA Online 3 yang diterbitkan oleh Garena kini menamatkan operasinya semalam selepas hampir tujuh tahun dilancarkan di Malaysia.

FIFA Online 3 menyaksikan begitu banyak kejohanan tempatan dan antarabangsa dianjurkan bagi mengangkat industri e-sukan tempatan malah memberi peluang kepada atlet negara untuk bertanding di pelbagai peringkat.

Dalam satu posting yang dikeluarkan pada April lalu, Garena mengatakan FIFA Online 3 akan menutup pelayan (server) di rantau ini pada semalam (30 Jun 2020).

“Ia adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat tapi malangnya pasukan pembangun kami tidak lagi dapat menyokong permainan ini,” tulis kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, sepanjang bulan itu hingga semalam, mereka mengadakan beberapa acara kejohanan dan diskaun dalam permainan.

Akhir kata, mereka berterima kasih kepada pemain dan peminat yang memberikan sokongan dari awal lagi.

“Kami harap anda semua menikmati pengalaman menjadi sebahagian dari komuniti yang meriah ini.

“Terima kasih kerana bermain,” tulis kenyataan itu lagi.

RELATED NEWS

+