Acara ‘Festivale’ Animal Crossing: New Horizons akan bermula pada 15 Februari

Nintendo telah mengumumkan kemas kini percuma yang seterusnya untuk Animal Crossing: New Horizons. Ia akan dilancarkan pada 28 Januari ini dan aktiviti-aktivitinya akan berterusan hingga bulan Februari ini.

Acara utama yang akan diperkenalkan dalam kemas kini ini ialah Festivale yang bermula pada 15 Februari ini. Sambutan Festivale membenarkan anda untuk mengumpul bulu berwarna-warni di pulau anda untuk diberikan kepada watak baharu Pavé.

Pavé akan melakukan tarian yang bersemangat apabila anda memberikannya bulu yang telah dikumpul. Terdapat juga bulu pelangi yang sangat jarang ditemui dan boleh diberikan kepada Pavé untuk mendapatkan ganjaran istimewa.

Sebuah sambutan dalam Animal Crossing: New Horizons tidak lengkap tanpa set reaksi baharu. Anda boleh membeli Viva Festival Reaction Set di Nook’s Cranny dengan menggunakan Bells. Kedai Able Sisters juga akan menjual pakaian bertemakan Festivale bermula dari 1 Februari ini.

Bagi anda yang sedang bahagia bercinta, pastikan anda tidak ketinggalan membeli barangan bertema Valentine’s Day seperti hati coklat dan jambangan berbentuk hati dari 1 hingga 14 Februari ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+