Free Fire: GodCruz tiada dalam roster Evos Phoenix di Kejohanan Free Fire Thailand

Pasukan juara dunia sebanyak dua kali, Evos Phoenix sah tidak menyenaraikan pemain mereka, Piyapon Boonchuay (GodCruz) dalam Kejohanan Free Fire Thailand (FFTC) 2023.

Perkara itu disahkan pihak Free Fire Esports Thailand dalam satu hantaran roster bagi kejohanan itu.

Penggiat e-sukan Free Fire agak terkejut dengan perkhabaran itu bahkan ada khabar angin mengatakan Evos Phoenix bakal melakukan pertukaran pemain dengan memberi penekanan terhadap pemain baharu iaitu Vappiya Butdeekum (Alraedy).

Pasukan Evos Phoenix bakal tampil dengan lima pemain sahaja pada kejohanan ini dengan diketuai Wattipong Ngarmrod (D_Long) sebagai ketua pasukan.

Tiada kenyataan rasmi lagi daripada pihak Evos Esports tentang ketiadaan GodCruz dalam kejohanan itu.

Kejohanan Free Fire Thailand (FFTC) bakal berlangsung pada 25 Februari dengan menyediakan slot Play-Ins dan Playoff untuk beberapa pasukan dari Liga Pro Free Fire Thailand musim ketujuh.

Kira-kira AS$29,665 ditawarkan sebagai hadiah wang terkumpul bagi kejohanan itu dan hanya 12 pasukan akan berentap di Grand Finals.

RELATED NEWS

+