Acend juara pertama VALORANT Champions!

VALORANT Champions 2021, kejohanan dunia untuk VALORANT anjuran Riot Games kini sudah pun melabuhkan tirai mereka.

Kejohanan dunia yang berlangsung sejak 1 Disember hingga 13 Disember itu menyaksikan pasukan Acend dari Eropah berjaya menundukkan kemaraan Gambit dengan keputusan 3-2.

VALORANT Champions 2021 menyaksikan 16 pasukan daripada seluruh dunia mewakili zon masing-masing untuk memenangi gelaran Champions selain sebahagian daripada hadiah terkumpul sebanyak AS$1 juta (RM4.15 juta).

Champions adalah kejohanan utama bagi siri VALORANT untuk tahun ini bagi merebut gelaran pasukan VALORANT terbaik dunia selepas mereka sertai Master dan kejohanan bagi zon atau wilayah masing-masing.

VALORANT Champions Tour akan kembali lagi bagi musim 2022. 

RELATED NEWS

+