Predator Triton 500 SE (Special Edition) "> Predator Triton 500 SE (Special Edition) " /> Predator Triton 500 SE (Special Edition) " />

Acer mengumumkan Predator Triton 500 SE dan Predator Helios kemaskini baru

Predator Triton 500 SE (Special Edition)

Acer mengumumkan siri Predator Triton 500 SE (Special Edition) iaitu komputer riba gaming. Predator Triton 500 Se ini hadir dengan saiz 16 inci dengan yang menggunakan panel 165 Hz.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core 9th Generation, ia menawarkan pilihan sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080 dan sehingga memori 64 GB DDR4. Dengan ketebalan 19.9mm sahaja ia nipis dan mudah untuk digunakan dimana-mana sahaja Walaupun nipis, bateri komputer riba ini boleh bertahan selama 12 jam. Dengan speksifikasi ini anda semestinya boleh menggunakan komputer riba ini untuk menstrim permainan video.

Sistem penyejuk Acer’s Vortex Flow menggunakan tiga kipas penyejuk Acer AeroBlade generasi ke-5 yang akan menyedut udara sejuk dan menhembuskan udara panas pada tahap yang lebih pantas.

Predator Triton 500 Se ini dilancar untuk pasaran di negara terpilih tidak lama lagi.

Predator Helios 500

Kemaskini Helios 500 ini ditambah dengan beberapa komponen baru dan sudah semestinya memberi kepuasan kepada semua pengguna. Komputer riba ini hadir dengan paparan 17.3-inch Helios 500 dan panel 4K Mini LED 120 Hz dikuasakan oleh teknologi AUO AmLED dengan kadar segar semula 360Hz.

Predator Helios 500 juga hadir dengan cip pemprosesan 11th Gen Intel Core i9 yang boleh dilewahjam, NVIDIA GeForce RTX 3080, 64GB memori DDR4 dan dua slot SSD NVMe PCIe dan satu hard disk 2.5mm untuk penambahan storan.

Dengan NVIDIA Geforce RTX 3080 penggunaan untuk permainan video yang berat adalah tidak menjadi masalah dengan sistem penyejukan menggunakan polier Acer Power Gem dan Vortex Flow yang juga menggunakan tiga kipas penyejuk Acer Aeroblade generasi ke-5. Penstriman permainan video juga tidak akan menjadi masalah.

Menggunakan aplikasi PredatorSense, pengguna boleh mengguna dan mengubah sistem pencahayaan Predator Pulsar untuk papan kekunci dan bar cahaya mengikut cita rasa masing-masing.

Papan kekunci Predator Triton 500 SE mempunyai kekunci WASD  yang boleh ditukar dan ubah dengan Acer’s Racing keys atau MagForce keys, suis mekanikal Magtech akan memberi rasa seakan-akan menggunakan joystick yang membantu dalam pengawalan karakter di dalam permainan video yang dimain.

Acer bakal melancarkan komputer riba Predator Helios 500 di pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+