Acer Nitro 16 dan 17 baharu dengan 13th Gen Intel Core dan NVIDIA GeForce RTX 40 Series

Acer Nitro kini kembali dengan naik taraf terkini dan lebih berkuasa.

Komputer riba Nitro kini mempunyai cip pemprosesan 13th Gen Intel Core dan NVIDIA GeForce RTX 40 Series GPU yang terbaharu.

Komputer riba ini sangat sesuai untuk anda yang mahukan pengalaman permainan video terbaik dan kasual.

Acer Nitro mempunyai dua saiz skrin iaitu 16 inci dan 17 inci serta lebih nipis dan ringan walaupun dengan saiz besar.

Siri NVIDIA GeForce RTX 40 terbaru juga akan memberikan prestasi terbaik dengan seni bina Ada Lovelace.

Acer Nitro 16

Acer Nitro 16 menawarkan skrin lebih besar sebanyak 5% dengan paparan WUXGA atau WQXGA dengan kadar segar semula 165 Hz yang menyokong NVIDIA Advanced Optimus.

Komputer riba ini juga mempunyai papan kekunci 4-zone RGB yang mempunyai sokongan warna gamut 100% sRGB.

Kadar skrin dengan badan komputer riba ini juga dinaikkan sebanyak 84% untuk menjadi lebih baik.

Acer Nitro 17

Acer Nitro 17 pula dikuasakan oleh cip pemprosesan 13th Gen Intel Core dan NVIDIA GeForce RTX 40 Series GPU dengan chasis kurang dari 3kg.

Skrin yang ada juga adalah FHD dengan kadar segar semula 144 Hz dan 165 Hz.

Windows 11 juga akan tersedia dan anda boleh mendapatkan RAM setinggi 32GB DDR5 4800 MHz dan 2TB M.2 PCIe Gen 4.

Kedua-dua komputer riba ini juga akan mempunyai Xbox Game Pass atau PC Game Pass yang penuh dengan pelbagai jenis permainan video.

Setiap model juga akan mempunyai Killer DoubleShot Pro iaitu Killer Wi-Fi 5 1650i memberikan bandwidth lebih banyak.

Sudah semestinya sambungan yang lebih baik dengan slot HDMI 2.1, pembaca microSD, dua port Thunderbolt 4 termasuk Power Delivery dan tiga USB 3.2 Gen 2 yang boleh digunakan untuk mengecas.

Buat masa ini belum ada tawaran dalam pasaran tempatan dan kita perlu menunggu Acer Malaysia mengumumkannya.

RELATED NEWS

+