Acer Nitro 5 dikuasakan dengan Intel Tiger Lake-H dan RTX 3060, berharga RM4,799

Acer hari ini memperkenalkan Acer Nitro 5 terbaru yang menggabungkan kuasa cip pemprosesan mobil Intel Siri-H Generasi ke-11 ( atau kod nama “Tiger Lake-H”) bersama pemprosesan grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 untuk pasaran Malaysia.

Bersempena Jualan Pertengahan Tahun 7.7, Acer Malaysia juga menawarkan diskaun sehingga 50% bagi pembelian produk Acer di kedai-kedai rasmi Acer di laman Shopee dan Lazada.

Dijana cip pemproses mobil berkuasa, cip pemproses  Intel© Core™ Siri-H Generasi ke 11 ini dibangunkan khas untuk pemain-pemain permainan video dan pencipta kandungan yang mencari kuasa pemproses terbaik.

Digandingkan bersama NVIDIA GeForce RTX 3060, Acer Nitro 5 terbaru ini didatangkan dengan konfigurasi sehingga 16GB DDR4 RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD.

Bagi mereka yang meninginkan lebih RAM dan kapasiti storan, Acer Nitro 5 boleh menyokong sehingga 32GB RAM dan tambahan slot memori 2.5″ SATA M.2.

Acer Nitro 5 ini juga didatangkan dengan rekaan tubuh yang kontemporari dan bergaya, dengan paparan skrin 15.6 inci jenis IPS FHD berbezel nipis, yang menyokong kadar segar semula 144Hz dan 72%NTSC gamut warna.

Ia juga turut dilengkapi dengan Wi-Fi6 dan port sambungan ethernet (RJ-45) yang menyokong Killer Ethernet E2600 untuk pengalaman permainan yang lancar. Pengguna juga dapat memantau suhu sistem, prestasi, mengubah kelajuan kipas dan customize empat zon kekunci RGB dengan satu sentuhan menggunakan kekunci khas NitroSense.

Komputer riba ini boleh didapati di kesemua kedai rasmi Acer dan kedai berdaftar Acer di seluruh negara.

Acer Nitro 5 dengan Intel i7-11800H dan 16GB RAM adalah berharga RM5,699. Pelanggan yang membeli versi ini daripada hari ini hingga 9 Julai 2021 daripada kedai rasmi Acer dan kedai-kedai berlesen di Shopee dan Lazada akan mendapat Acer Gateway FAE-i5 pro Wireless Headphone yang bernilai RM239.

Manakala, Acer Nitro 5 dengan Intel i5-11400H dan 8GB RAM adalah berharga RM4,799 dan boleh didapati bermula penghujung Julai 2021.

Jualan Tengah Tahun 7.7

Bersempena Jualan Tengah Tahun 7.7, Acer Malaysia juga menyediakan promosi-promosi menarik untuk siri laptop, dekstop, monitor dan aksesori di kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada.

Acer Swift 5 dengan rekaan nipis dan ringan yang dijana Intel Core Generasi ke-11 i7 boleh didapati dengan harga RM4,499 selepas diskaun sebanyak RM300 (harga asal RM4,799).

Pemotongan harga juga diberikan kepada monitor-monitor terpilih. Acer XV270P, Acer XB273UGX, AOpen 22CV1Q dan AOpen27HC5RP diberikan potongan melebihi 15% daripada harga pasaran.

Tambahan pula, aksesori juga diberikan potongan harga sehingga 50%, termasuk sarung laptop Acer 14 inci, Acer E300 Trueharmony Earphone dan headset gaming Predator Galea 311.

Acer juga mengumumkan potongan harga RM500 untuk model Predator Helios 300 pada Julai.

Predator Helios 300 dilengkapi dengan kad pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, di mana Predator Helios 300 (PH315-53-79E7) dengan Intel Core i7-10870H kini boleh didapati dengan harga RM5,499, manakala Predator Helios 300 (PH315-53-58U0) dengan Intel Core i5-10500H kini berharga RM4,799.

Kedai Rasmi Acer (Shopee), Acer-Just IT, Acer-NBP, Lazada-Aoneplus, Lazada- NBP

RELATED NEWS

+