Activision Blizzard kini disaman oleh Mahkamah Amerika Syarikat kerana melanggar undang-undang anti monopoli dan gaji pemain.
Dua permainan video yang dikaitkan dalam masalah ini adalah Overwatch dan Call of Duty.
Saman itu mengatakan Activision dan beberapa pasukan e-sukan menggunakan pembayaran baki cukai yang direka untuk menghukum pasukan jika pemain berjaya melepasi beberapa tahap pampasan.
Pihak mahkamah juga bersetuju dengan penyelesaian yang dipohon.
“Kami masih percaya dengan cukai yang diberikan adalah mengikut undang-undang dan tidak memberi impak besar kepada gaji pemain,” ujar jurucakap dari Activition Blizzard.
Pihak mahkamah bahagian akta persaingan mengatakan pemain profesional e-sukan sama seperti pekerja lain layak untuk menerima faedah dalam perkhidmatan mereka.
Activision Blizzard kini perlu membuat peraturan baharu yang tidak menghalang pampasan atau menghukum mana-mana pemain yang dibayar gaji lebih.