Overwatch percuma untuk dimainkan selama 2 minggu

Overwatch adalah salah satu permainan e-sukan yang paling terkenal suatu ketika dahulu. Permainan ini menawarkan perlawanan 6v6 di mana pemain akan merebut kawasan pertengahan peta bersama watak-watak yang mempunyai kebolehan-kebolehan tertentu.

Dari 20 Disember hingga 2 Januari 2022, Overwatch akan menganjurkan tempoh percubaan percuma di mana pemain baharu boleh melompat terus ke dalam permainan dan membuat kemajuan yang akan diteruskan jika mereka memilih untuk membeli permainan itu.

Karakter-karakter Overwatch

Tempoh percubaan percuma ditawarkan kepada pemain di PC dengan akaun Battle.net, pemain PlayStation dengan keahlian PlayStation Plus dan pemain Xbox dengan keahlian Xbox Live Gold. Nintendo Switch tidak termasuk dalam tempoh percubaan percuma ini.

Overwatch juga menawarkan permainan silang, jadi rakan anda pada konsol dan PC boleh bermain bersama-sama.

Selain itu, sebarang kemajuan yang dibuat pemain baharu semasa percubaan percuma akan dibawa ke akaun penuh selagi Overwatch dibeli pada akaun yang sama. Ini bermakna, segala kostum dan tahap yang dicapai oleh pemain akan disimpan di akaun anda jika anda membeli permainan itu.

Dapatkan Overwatch secara percuma di Battle.net, PlayStation dan Xbox secara percuma sekarang.

RELATED NEWS

+