Ahli gusti guna keyblade dibalut kawat berduri untuk berlawan

Boleh dikatakan setiap ahli gusti akan mempunyai gerakan dan senjata yang sinonim dengan mereka.

Triple H dengan tukul besinya, Edge dengan kerusi besi.

Namun siapa sangka senjata dari francais Kindom Hearts yang dibalut dengan kawat berduri digunakan untuk berlawan.

Ahli gusti ini bernama Kidd Bandit yang juga seorang cosplayer dan strimer Twitch.

Baru-baru ini dia menyertai perlawanan ‘Devil’s Plyaground’ di Prestige Wrestling’s Nonstop Feeling.

Kidd Bandit menggunakan nama itu kerana inspirasi daripada Death Note. Yang menariknya, senjata yang digunakan oleh Kidd Bandit adalah Keyblade.

Keyblade adalah senjata ikonik dari Kingdom Hearts dan boleh dikatakan antara senjata paling diingati ramai dalam dunia permainan video.

KIDD BANDIT on Twitter: "Named by @Takahata101 lol The Twisted Metal  Keyblade 😜 🔥 🤡 https://t.co/TcNJSGJWAQ" / Twitter

Entah apa lagi senjata yang Kidd Bandit akan guna nanti.

RELATED NEWS

+