Kingdom Hearts 3 Menerima Critical Mode, Jadikan Game Lebih Mencabar

Kingdom Hearts 3 dapat satu penaiktarafan baru iaitu penambahan Critical Mode. Critical Mode adalah tahap kesukaran baru yang ditambah masuk iaitu menjadikan serangan musuh lebih parah.

Boleh ke habiskan Kingdom Hearts 3 dalam Critical Mode?

Sebelum ini, terdapat tiga jenis tahap permainan yang mana pemain boleh pilih seperti Beginner Mode (easy), Standard Mode (normal), Proud Mode (hard).

Untuk Critical Mode, pertempuran akan mencabar kerana Hit Points dan Magic Points adalah separuh dikurangkan dan kuasa magik juga terhad digunakan semasa mengalahkan raksasa.

Penaiktarafan Critical Mode ini turut memasukkan serangan dan kebolehan kritikal baru. 

Kingdom Hearts 3 menampilkan pelbagai cara perlawanan campuran dunia Disney dan Square Enix serta tidaklah sukar untuk mengalahkan bos-bos dalam game ini. Menurut review kami, perkara yang paling sukar untuk hadam adalah penceritaan rumit yang bersangkut-paut dalam siri berusia 17 tahun ini.

Untuk ketahui kesemua info Patch 1.04 selain Critical Mode, korang boleh rujuk pautan ini.

Sumber: VG24/7

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+